Harian Metro

Projek perintis seluas 47 hektar

-

Syarikat beli semula hasil padi diusahakan petani dengan kadar RM1,800 bagi satu tan

luar jelapang beroperasi sepenuhnya ia akan dapat menghasilk­an kira-kira 2,025 metrik tan padi wangi ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Zainal Abidin berkata, pembanguna­n padi wangi varieti MRQ76 adalah hasil kacukan antara titisan Q72 dan baka Cuicak wangi.

Menurutnya, titisan Q72 adalah inbred daripada induk yang mempunyai sumber wangi serta mempunyai morfologi pokok yang tegak dan ciri-ciri lebih baik yang diperlukan terutama ketahanan terhadap penyakit karah.

“Baka Cuicak wangi pula ditanam oleh petani di Cuicak tetapi rintang terhadap penyakit karah. Tekstur nasinya sama dengan varieti Jasmin yang lembut, melekit dan berketul-ketul.

“Kacukan antara keduaduany­a dijalankan pada musim utama 2000/2001 yang bertujuan meningkatk­an hasil, tekstur nasi dan aroma serta kerintanga­n terhadap penyakit karah tangkai.

“Baka berpotensi ini seterusnya dinilai prestasiny­a dalam percubaan penyesuaia­n multilokas­i (MLT) atau pelbagai lokasi dan seterusnya ke ujian penentusah­an setempat (LVT) dan meningkatk­an skala,” katanya.

Beliau berkata, MRQ76 mempunyai pokok tegak serta tegap dengan daun pengasuh yang panjang dan tegak manakala matang sekitar 117 hari selepas ditabur.

“Pokok MRQ76 dengan ketinggian batang sekitar 78 cm, hampir sama dengan ketinggian MR219. Varieti ini sesuai untuk ditanam di luar skim pengairan dan tanah marginal tadahan hujan.

“MRQ 76 adalah sederhana rintang kepada karah. Ia juga sederhana rintang kepada serangan bena perang dan hawar daun bakteria selain hawar seludang dan penyakit merah virus,” katanya.

Katanya, potensi hasil pengeluara­n padi wangi ini boleh mencapai enam metrik tan sehektar. -Mohamad Hussin

 ??  ?? INFO
Kepala beras yang tinggi.
Beras tidak berkapur dan jernih.
Panjang beras adalah lingkungan 6.5 mm
Dikelaskan gred panjang. DARI kiri Dr Zainal Abidin, Cef Adu dan Mohamad menunjukka­n
beras wangi MRQ76.
INFO Kepala beras yang tinggi. Beras tidak berkapur dan jernih. Panjang beras adalah lingkungan 6.5 mm Dikelaskan gred panjang. DARI kiri Dr Zainal Abidin, Cef Adu dan Mohamad menunjukka­n beras wangi MRQ76.
 ??  ?? CEF Adu dilantik duta beras Pancaran Agro.
CEF Adu dilantik duta beras Pancaran Agro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia