Harian Metro

‘Penuai rumpai’ bersihkan lombong

- Noor Hidayah Tanzizi rencana@hmetro.com.my

Atasi masalah keladi bunting sekali gus rancakkan aktiviti tangkap ikan

Mesin ‘penuai rumpai’ bakal merancakka­n lagi aktiviti menangkap ikan air tawar di kawasan lombong terbiar di Kampung Sungai Galah, Kampung Gajah, Perak.

Ia sekali gus meningkatk­an pendapatan penduduk setempat yang menjadikan kawasan lombong kaya dengan ikan temakang, lohu, patin dan lampam sebagai sumber rezeki.

Ini kerana mesin berkenaan dapat mengatasi masalah keladi bunting atau Eichornia crassipes yang hidup terapung seperti kiambang memenuhi kawasan lombong terbiar hingga mengganggu aktiviti nelayan.

Mesin yang menggunaka­n teknologi dari Amerika Syarikat itu diterima Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (PENIAT) Kampung

Gajah dengan nilai tajaan RM150,000 daripada syarikat UltraTrex.

Ia juga hasil jaringan kerjasama penyelidik­an daripada Fakulti Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa agensi kerajaan lain.

Yang Dipertua PENIAT Sairul Nizam Mohamad Saleh berkata, mesin itu digunakan untuk membersihk­an lapan lombong terbiar yang dipenuhi keladi bunting selain tumbuhan akuatik lain seperti bakung dan benta.

Menurutnya, selain menghapusk­an tumbuhan berkenaan usaha itu dilakukan bagi membetulka­n saluran air dan mahu mewartakan seluas hampir 400 hektar sebagai kawasan perikanan darat di Kampung Gajah.

“Kami berbesar hati menerima mesin yang mampu membantu membersihk­an kawasan lombong ini bagi menyelesai­kan masalah yang berlarutan sejak 12 tahun lalu.

“Tumbuhan ini menjejaska­n aktiviti di sini apabila ia mengganggu laluan yang menyukarka­n pergerakan sampan, aliran air perlahan, jaring dan jala mudah tersangkut serta mengurangk­an pembiakan ikan,” katanya ketika ditemui di lombong Kampung Sungai Galah di Kampung Gajah, barubaru ini.

Hadir sama menyaksika­n penurunan mesin itu ke dalam lombong ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah Datuk Abdullah Fauzi Ahmad Razali serta wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak Tengah.

 ??  ?? KELADI bunting menjadi cabaran utama kepada
aktiviti menjala ikan.
KELADI bunting menjadi cabaran utama kepada aktiviti menjala ikan.
 ??  ?? ABDULLAH (tujuh dari kiri) bersama ahli PENIAT menerima mesin bagi menghapusk­an keladi bunting.
ABDULLAH (tujuh dari kiri) bersama ahli PENIAT menerima mesin bagi menghapusk­an keladi bunting.
 ??  ?? MESIN ‘penuai rumpai’.
MESIN ‘penuai rumpai’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia