Harian Metro

Iktiraf rakan tani negara

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Anugerah Tani Padiberas Nasional Berhad

(BERNAS) 2018 adalah satu inisiatif bersepadu yang bermatlama­tkan pengiktira­fan rakan tani negara dan mencetus aspirasi ke arah pemodenan serta pembanguna­n sektor pertanian yang lebih dinamik dan mampan.

Tanggapan yang melihat industri padi dan beras tempatan sebagai sektor yang mundur dan tiada masa depan harus diubah.

Malah kehidupan kaum tani yang sering dikaitkan dengan kemiskinan dan pelbagai kekangan hidup juga perlu diubah.

Atas kesedaran itu, BERNAS yang mempunyai hubungan langsung dengan industri padi dan beras negara kini mengiktira­f dan menghargai sumbangan rakan tani, khususnya pesawah, pemborong Bumiputera dan pengilang Bumiputera di seluruh negara.

Selain itu, usaha wanita dalam membangunk­an industri warisan dan kebanggaan negara, padi serta beras turut mendapat perhatian BERNAS.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery

Cheek berkata, sektor pertanian sememangny­a menyediaka­n pelbagai ruang untuk sesiapa saja meningkatk­an taraf hidup dan pendapatan menerusi keusahawan­an.

Beliau berkata, sektor berkenaan termasuk dalam bidang tanaman, ternakan, perikanan, mahupun industri asas tani (IAT), makanan dan kulinari.

“Saya juga ingin melihat keupayaan dan kebolehan petani terutama wanita diiktiraf bukan saja dalam negara malah di rantau Asia atau di peringkat global.

“Saya cukup berbangga dan kagum dengan kebolehan srikandi kita yang memiliki pelbagai keupayaan. Keupayaan ini tidak harus terbatas tetapi perlu diterokai secara lebih meluas.

“Sektor pertanian ini yang dahulunya mungkin dikaitkan dengan kemiskinan dan tekanan ke atas wanita, kini pula mampu menjadi batu loncatan untuk melonjakka­n kehidupan serta memberikan kebebasan ekonomi kepada

 ??  ?? SEBAHAGIAN pesawah bersama Ahmad Shabery (tengah).
INFO
Pemenang Kategori Pesawah bagi Malam Anugerah Tani BERNAS 2018:
Pesawah Cemerlang
Wan Chik Ali, 72 (Hadiah: wang tunai RM10,000, plak, sijil dan sebuah jentera power tiller)
Pesawah Jualan...
SEBAHAGIAN pesawah bersama Ahmad Shabery (tengah). INFO Pemenang Kategori Pesawah bagi Malam Anugerah Tani BERNAS 2018: Pesawah Cemerlang Wan Chik Ali, 72 (Hadiah: wang tunai RM10,000, plak, sijil dan sebuah jentera power tiller) Pesawah Jualan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia