Harian Metro

Itik pedaging

- Mohd Rafi Mamat rencana@hmetro.com.my

40 penerima dapat insentif ternak itik untuk jana pendapatan

Projek ternakan itik yang diusahakan secara sambilan di kawasan rumah mampu menjana pendapatan sampingan kepada masyarakat luar bandar terutama golongan wanita tidak bekerja.

Selain telur yang dijadikan telur masin dan pelbagai jenis masakan, daging itik juga mendapat permintaan menggalakk­an daripada pengguna.

Bagi menjayakan misi membantu masyarakat luar bandar Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Pahang tampil mengagihka­n sebanyak 800 anak itik pedaging jenis maskobi kepada 40 penerima dari lima kampung tradisiona­l di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, Kuantan.

Pengarah JPV Pahang,

Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, bantuan kali pertama diperkenal­kan itu sebagai usaha untuk menambah sumber pendapatan masyarakat luar bandar terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga ramai.

Beliau berkata, menternak itik tidak memerlukan modal besar dan ia boleh dilakukan dalam kawasan rumah, golongan wanita tidak bekerja mampu menguruska­n ternakan terbabit yang hanya memerlukan makanan secukupnya.

“Untuk berjaya menternak itik individu terbabit perlu mempunyai minat dan melakukan secara bersungguh-sungguh.

“Kita sedia memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada individu yang berminat menceburi bidang ternakan itik termasuk haiwan lain,” katanya yang bercadang memperluas­kan lagi bantuan ternakan itu ke daerah lain.

Beliau berkata demikian pada Program Feed Good Factor@ Inderapura yang disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif di Dewan Orang Ramai Kampung Cherok Paloh, baru-baru ini.

Pada program yang julung kali diadakan itu seramai 40 penduduk lima kampung di kawasan DUN Inderapura menerima 20 anak itik pedaging jenis maskobi bersama lima kilogram makanan.

Dr Norlizan berkata, program bantuan anak itik akan terus dilakukan JPV secara berperingk­at namun bekalan anak itik yang terhad oleh ladang pembiakan itik JPV di Ijuk, Selangor menjejaska­n usaha membantu masyarakat luar bandar.

“Sekiranya percubaan pertama menternak itik yang diusahakan JPV ini menemui kejayaan, kita bercadang untuk meluaskan projek berkenaan dengan menambah jumlah ternakan secara berperingk­at.

“Itik jenis pedaging bukan saja untuk dimakan dagingnya tetapi boleh menghasilk­an telur apabila matang dan dalam tiga tahun setiap induk mampu menghasilk­an 200 anak.

“Penternak mampu meraih pendapatan antara RM30 hingga RM50 sehari hasil jualan telur, jumlah itik boleh ditambah secara berperingk­at apabila penternak mempunyai modal selain kawasan sesuai,” katanya.

Penerima bantuan, Mokhtar Mohamad, 53 berkata, sebelum ini dia pernah menternak itik telur secara kecil-kecilan di kawasan rumah di Kampung Sungai Belat dan pengalaman itu akan digunakan pada projek itik pedaging kali ini.

“Saya menempatka­n itik di Kampung Penor supaya ia lebih selesa membesar dan membiak, usaha menambah jumlah ternakan akan dilakukan sekiranya projek pertama itu berjaya.

“Menternak itik memerlukan minat dan kesungguha­n, makanan yang secukupnya perlu diberikan setiap hari bagi memastikan pengeluara­n telur tidak terjejas,” katanya yang bertugas sebagai pemandu Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sementara itu, Roslina Ahmad Rani, 42, walaupun tidak ada pengalaman menternak itik namun dia yakin dapat melakukan selepas mendapat tunjuk ajar daripada pegawai JPV Pahang.

Katanya, bantuan 20 itik pedaging berumur sebulan bersama lima kilogram (kg) makanan diharap menjadi langkah pertama kepada pembabitan dalam bidang ternakan di kawasan rumah.

 ??  ?? SHAFIK Fauzan (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan anak itik kepada penerima bantuan.
SHAFIK Fauzan (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan anak itik kepada penerima bantuan.
 ??  ?? PEGAWAI JPV Pahang, Siti Rohayu Abas (kanan) menunjukka­n cara menternak itik kepada penerima bantuan.
PEGAWAI JPV Pahang, Siti Rohayu Abas (kanan) menunjukka­n cara menternak itik kepada penerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia