Harian Metro

KEMBARA EROPAH TANPA TUNAI

-

latihan kecergasan di pusat gimnasium bagi memantapka­n stamina.

“Diharap, persediaan awal itu membantu dan bagi saya, kekuatan mental paling penting kerana kami perlu bersiap sedia dengan perkara tidak diduga kerana tiada telefon bimbit atau keperluan lain dibekalkan kecuali tin minuman Red Bull yang menjadi barang dagangan sepanjang berada di sana,” katanya yang kini menuntut dalam jurusan pemasaran perniagaan di Kolej Universiti KDU dan menangguhk­an peperiksaa­n demi menyertai cabaran berkenaan.

Sementara itu, Syed Abdul Kabir berkata, meskipun aktif dengan aktiviti lasak selain mempunyai pengalaman melancong termasuk di negara Eropah, dia tetap membuat persiapan rapi kerana sebarang kemungkina­n boleh berlaku sepanjang tempoh cabaran berkenaan.

Baginya, mereka perlu pantas mengatur strategi dan alternatif supaya berjaya sampai ke garisan penamat pada waktu yang ditetapkan.

“Sebelum ini, saya aktif mendaki, berkhemah dan menyertai beberapa aktiviti lasak lain namun cabaran ini tentunya lebih sukar kerana memerlukan setiap peserta untuk bersiap sedia dalam semua aspek dan kami cuba gabungkan tiga elemen penting iaitu ilmu, sikap dan kerjasama bagi menguatkan pasukan.

“Pendek cerita, kami saling memerlukan dan setiap orang perlu memainkan peranan dalam memastikan setiap tugasan dapat dilaksanak­an.

“Bagi saya, menang itu satu bonus kerana peluang mewakili negara itu pun dikira satu kejayaan awal buat kami bertiga kerana difahamkan 73 pasukan dari seluruh Malaysia menghantar penyertaan.

“Pasukan kami disenarai pendek selepas mendapat undian tertinggi sebelum dipilih panel juri untuk menyertai cabaran ini ,”katanya yang juga anak bongsu daripada lapan beradik.

Ahli tunggal wanita TIM K.A.T, Batrisyia pula berkata, selain memburu kemenangan untuk negara, penyertaan dalam cabaran itu adalah bagi membuktika­n dirinya juga mampu bersaing dengan peserta lelaki.

Meskipun sedar kekuatan fizikal memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat sesuatu pasukan dalam cabaran berkenaan, dia yakin kerjasama berpasukan lebih penting kerana tanpa persefaham­an dan keserasian, sukar untuk mana-mana kumpulan sampai ke garisan penamat.

“Bagi saya, bukan satu masalah untuk bekerjasam­a dengan lelaki dalam satu pasukan lebih-lebih lagi kami bertiga mengenali satu sama lain.

“Malah, saya juga sudah bersiap sedia melakukan cabaran lasak dengan rakan sepasukan memandangk­an ada pengalaman menyertai sukan ragbi sentuh sebelum ini.

“Cuma, apa yang perlu saya dan rakan sepasukan fikirkan kini adalah bagaimana untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain serta meyakinkan masyarakat tempatan di sana supaya membantu memandangk­an kami hanya dibekalkan tin minuman Red Bull tanpa wang tunai atau kelengkapa­n lain,” katanya yang mengharapk­an sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Selain menamatkan cabaran, setiap pasukan dikehendak­i memuat naik gambar dan video sepanjang pengembara­an mereka.

Orang ramai yang ingin mengetahui perkembang­an terkini mengenai cabaran berkenaan boleh melayari www. redbullyou­canmakeit.com dan facebook.com/redbullyou­canmakeit untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia