Harian Metro

MALAM PENGIKTIRA­FAN ATLET

- Redz uan Muharam gen.y@hmetro.com.my

UiTM iktiraf individu harumkan nama kampus, negara

Pres tas i cemerlang dalam bidang sukan melayakkan pemain hoki kebangsaan, Meor Muhamad Azuan Hasan, 24, dan Nur Syafiqah Mohd Zain, 23, masingmasi­ng memenangi Anugerah Olahragawa­n serta Olahragawa­ti pada Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2017 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang piala pusingan dan iringan, blazer, pakej percutian tiga hari dua malam di Taman Tema Legoland dan wang tunai RM1,000.

Namun, kedua-duanya tidak hadir dan diwakili ibu masing-masing kerana mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Turut menerima pengiktira­fan adalah Bendahari UiTM dan Ahli Majlis UiTM FC Dr Mohd Anuar Mazuki menerusi Anugerah Tokoh Sukan, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad (Anugerah Tokoh Sukan Alumni) dan peninju profesiona­l negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.

Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said menzahirka­n rasa syukur yang tidak terhingga di atas kejayaan membanggak­an atlet UiTM di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa sepanjang 2017.

Menurut Hassan, beliau percaya pencapaian cemerlang itu bukanlah sekadar menyumbang kepada pencapaian UiTM semata-mata bahkan turut memberi impak kepada pencapaian sukan negara secara umumnya.

“Untuk makluman, 45 atlet UiTM layak mewakili negara dalam beberapa acara sukan sepanjang tahun lalu di pelbagai kejohanan antarabang­sa.

“Antaranya adalah kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur yang membabitka­n penyertaan 31 atlet UiTM dengan 27 daripada mereka meraih pingat dalam acara individu dan berpasukan.

“Penyertaan di kejohanan bertarafdu­nia ini pastinya memberikan impak yang besar kepada atlet terbabit dalam meningkatk­an pencapaian mereka dan saya berharap semua warga sukan UiTM mempunyai sasaran ‘minda emas’dalam setiap bidang diceburi supaya azam kuat itu dapat menjadi dorongan untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tuurt hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Pusat Sukan UiTM Mustaza Ahmad.

Hassan berkata, selain menyasarka­n cemerlang dalam kejohanan disertai, pihak pengurusan tertinggi UiTM turut peka dengan keperluan menaik taraf kemudahan sukan bagi memudahkan atlet menjalani latihan.

Katanya, antara fasiliti bakal disiapkan pada April ini adalah padang hoki sintetik yang pastinya dapat digunakan atlet hoki yang bersaing di dalam liga kebangsaan untuk menjalani latihan intensifse­lain dimanfaatk­an penuntut UiTM.

“Selain kemudahan itu, kerja menaik tarafpadan­g sintetik boling padang juga akan mula dijalankan tidak lama lagi dan kemungkina­n dapat digunakan sepenuhnya oleh pasukan UiTM pada 2019.

“Dari semasa ke semasa, pengurusan UiTM akan menaik tarafbeber­apa lagi kemudahan supaya ia dapat dimanfaatk­an semua warga kampus.

“Harapan saya semoga UiTM akan terus mencatatka­n kejayaan berterusan dan berimpak besar pada tahun ini dan berikutnya. Tidak lupa juga, semoga atlet terbabit dalam kejohanan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bulan ini dan Kejohanan Sukan Asia Palembang, Ogos nanti akan beroleh kejayaan cemerlang serta mengharumk­an nama negara,” katanya.

 ??  ?? DR Hassan Said (tengah)menyampaik­an replika cek bernilaiR M 1,0 0 0 kepada Azizah Hashim (kanan)yang mewakilian­akya,M eor M uhamad Azuan sambil diperhatik­an Dr Abdullah M ohamad.
DR Hassan Said (tengah)menyampaik­an replika cek bernilaiR M 1,0 0 0 kepada Azizah Hashim (kanan)yang mewakilian­akya,M eor M uhamad Azuan sambil diperhatik­an Dr Abdullah M ohamad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia