Harian Metro

Tempoh ‘kritikal’ perlu sokongan suami

-

Meroyan tidak boleh diambil mudah kerana memungkink­an berlaku perkara di luar kawalan

DARI MUKA 15

Selepas bersalin, ibu kehilangan banyak tenaga, berada pada keadaan mental dan fizikal yang lemah serta boleh dikatakan sebagai ‘kurang waras’ terutama pada minggu pertama dan kedua menerima cahaya mata.

Dalam senario ini, peranan suami sangat penting bagi memastikan si isteri terhindar daripada risiko mengalami masalah kemurungan yang akhirnya memungkink­an mereka melakukan pelbagai perkara luar kawalan.

Mengupas isu kemurungan atau meroyan secara terperinci, bidan profesiona­l dan terlatih yang mempunyai pengalaman dalam ilmu perbidanan tradisiona­l lebih 10 tahun, Nur Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi berkata, kemurungan selepas bersalin atau meroyan tidak boleh diambil mudah.

“Mengikut pengalaman saya membantu rawatan kes meroyan atau kemurungan ini, ada antara penghidapn­ya yang sudah mengalami tekanan emosi sejak sebelum bersalin. Antara tekanan berkenaan berkait rapat dengan kepenatan menguruska­n keluarga, kerjaya dan masalah rumah tangga.

“Tekanan itu sudah disimpan di dalam hati tanpa diluahkan dan ia menjadi lebih teruk sebaik ibu melahirkan bayi,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, tidak semua kes sebegitu kerana ada juga wanita yang mula mengalami kemurungan atau meroyan ini selepas bersalin.

“Keadaan ini perlu ditangani dan dikenal pasti segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh menjadi kritikal dan ada kemungkina­n si ibu mencederak­an dirinya sendiri, bayi atau orang lain.

“Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelak kejadian buruk ini terutama ibu daripada mengalami meroyan seumur hidup,” katanya.

Menurut Nur Qamarul Ramdhah, individu terdekat terutama suami seharusnya dapat mengesan perkara itu dengan lebih awal dan segera dirujuk kepada pihak berkaitan bagi menghindar­i perkara buruk.

JENIS MEROYAN

Menurut perubatan tradisiona­l, meroyan boleh dibahagika­n kepada beberapa jenis iaitu:

Meroyan api Penghidapn­ya bersikap lebih garang, mudah marah dan berasakan segalanya tidak terkawal.

Meroyan kentung - Ia menjadikan penghidapn­ya murung, hiba dan mudah berasa sedih.

Meroyan tinggal Kebiasaann­ya penghidap meroyan jenis ini bercakap seorang diri.

Meroyan urat Penghidapn­ya berasa ketegangan urat saraf dan mudah kejang selain seluruh badan berasa sakit.

Meroyan lendir Wanita yang menghidapn­ya kelihatan pucat, lesu, berasa penat, badan semakin susut atau keguguran rambut.

Meroyan bulu - Sering berasa seram sejuk atau terkena kancing gigi.

Meroyan kulit - Badan berasa gatal walaupun selepas mandi atau sudah bersih.

ANTARA TANDA KEMURUNGAN ATAU MEROYAN:

Bercakap seorang diri Berhalusin­asi

Sering berfikir perkara tidak rasional

Berasa tidak yakin atau was-was

Keliru

Tidak mempercaya­i sesiapa

Mudah berasa marah tanpa sebab munasabah

Murung dan tidak berminat melakukan apaapa

Mudah dan sering menangis

Sering mengadu perkara tidak logik

SUAMI PERLU BERTINDAK

Menurut Nur Qamarul Ramdhah, suami adalah individu paling utama yang perlu memainkan peranan bagi mengelak dan mengatasi masalah ini.

“Berikan sokongan dan bantuan dari semua sudut kepada isteri yang baru melahirkan anak terutama dalam tempoh berpantang kerana ketika itu mereka amat memerlukan sokongan.

“Paling mudah dan utama, jangan biarkan isteri terlalu terbeban dengan melakukan tugasan harian di rumah atau menjaga anak yang lain seorang diri,” katanya.

Menurutnya, selain bantuan fizikal, suami juga perlu menjaga emosi isteri dan jangan sesekali membiarkan mereka dalam

 ??  ?? SUAMI individu paling utama dalam
membantu isteri menangani masalah kemurungan selepas
bersalin.
SUAMI individu paling utama dalam membantu isteri menangani masalah kemurungan selepas bersalin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia