Harian Metro

Diri diuji anak disah autisme

-

Sehingga usia

10 tahun Wan Daniel hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris

biasa apatah lagi ini adalah anak sulung sebelum saya serta keluarga mula mengesan dia lambat bercakap. Anak saya hanya boleh bertutur seperti bayi ketika usianya hampir dua tahun.

“Selain itu, dia sering kali menarik tangan saya atau keluarga sekiranya dia mahu dapatkan sesuatu. Saya juga mula mengesan dia akan fokus pada perkara tertentu saja yang mana ia lebih kepada gajet,” katanya.

Menurut Nor Waheeda, anaknya juga hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga dia berusia 10 tahun sebelum dapat berkomunik­asi dalam bahasa Melayu.

“Selepas mengesan pelbagai tanda yang membimbang­kan, saya disarankan kakak ipar untuk membawa anak berjumpa pakar terapi ucapan dan akhirnya Wan Daniel disahkan mengalami autisme ketika berusia dua tahun.

“Pada mulanya memang saya agak terkejut dengan perkara ini namun berkat sokongan keluarga dan semangat diri, saya dapat menerima ketentuan ini dengan hati terbuka. Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diamanahka­n untuk memiliki dan membesarka­n seorang anak syurga,” ujarnya.

SUKAR BERI KEFAHAMAN KEPADA MASYARAKAT

SEKELILING

Memiliki anak autisme pada hakikatnya tidak semudah disangka, pahit manis, suka dan duka dalam membesarka­nnya perlu ditangani dengan sabar serta penuh kekuatan.

“Syukur, saya mempunyai ibu dan bapa yang banyak membantu dalam membesarka­n

Wan Daniel juga ahli keluarga yang sentiasa menyokong kami namun tidak dinafikan, sukar sebenarnya untuk memberi kefahaman kepada masyarakat sekeliling mengenai anak autisme ini.

“Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak memahami mengenai anak autisme ini sering berpandang­an pelik atau hairan sekiranya mereka (anak autisme) berkelakua­n pelik,” katanya.

Menurutnya, walaupun memiliki kekurangan namun Wan Daniel yang kini ditempatka­n dalam kelas pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 1, Gua Musang, Kelantan, mempunyai pelbagai kelebihan diri.

“Dia pembersih apabila makan, sangat menjaga hati dan perasaan individu lain, mengambil berat juga seorang yang bersifat budiman. Bagi saya dia sangat sempurna dan mempunyai keistimewa­an yang tiada pada individu lain.

“Sehingga kini, dia masih mempunyai rawatan susulan di Pusat Perkembang­an KanakKanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memastikan segalanya dalam keadaan baik dan terkawal,” ujarnya.

Tambah Nor Waheeda, sempena bulan kesedaran autisme bulan ini, setiap ibu bapa yang memiliki anak autisme diharap untuk sentiasa bersyukur dan menerima ketentuan ini dengan hati terbuka.

“Walaupun mereka autisme namun kelebihan diri anak-anak ini terlalu banyak dan setiap individu perlu menghargai golongan ini supaya mereka dapat membesar dengan lebih menyinar.

“Untuk pasangan ibu bapa yang mempunyai sebarang kemusykila­n mengenai perkembang­an anakanak juga disaran untuk segera mendapatka­n pemeriksaa­n bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang masalah,” katanya. - Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? Selepas mengesan pelbagai tanda yang membimbang­kan, saya disarankan kakak ipar untuk membawa anak berjumpa pakar terapi ucapan dan akhirnya Wan Daniel disahkan mengalami autisme
ketika berusia dua tahun NOR Waheeda bersama anak sulungnya,Wan
Daniel...
Selepas mengesan pelbagai tanda yang membimbang­kan, saya disarankan kakak ipar untuk membawa anak berjumpa pakar terapi ucapan dan akhirnya Wan Daniel disahkan mengalami autisme ketika berusia dua tahun NOR Waheeda bersama anak sulungnya,Wan Daniel...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia