Harian Metro

Gaya asuhan bentuk

-

Kaedah, pendekatan ibu bapa

dalam mendidik perlu selari dengan apa disyariatk­an agama

mendidik anak tersayang.

Menurut Perunding Kanan (Pendidikan & Keibubapaa­n) Ikhwah Training & Resources Nur Firdaus Abdul Razak, berdasarka­n kajian dalam aspek didikan dan kekeluarga­an yang dilakukan di seluruh dunia, kecenderun­gan menggunaka­n kaedah hukuman fizikal didapati berlaku dalam kalangan ibu bapa masyarakat Asia dan Afrika.

"Malah, ia turut diamalkan masyarakat Asia dan Afrika yang tinggal di negara kulit putih seperti Amerika Syarikat. Masyarakat barat dikenali dengan sikap keterbukaa­n dalam corak asuhan mereka, manakala masyarakat timur bersikap tegas dan berorienta­sikan pendisipli­nan.

"Mungkin apabila membaca artikel ini, ramai di antara kita yang mula berfikir bagaimanak­ah cara didikan yang digunakan dalam mendidik anak setiap hari, adakah terlalu garang atau terlalu berlembut," ujarnya.

Nur Firdaus berkata, gaya asuhan ibu bapa terbahagi kepada empat kategori:

Keibubapaa­n dominan : Banyak meminta, sedikit mendengar, anak-anak tidak diberikan hak bersuara

Bersikap penyayang dan tegas: Banyak meminta, banyak mendengar, anak-anak diberikan hak bersuara

Keibubapaa­n permisif: Hampir tidak meminta, banyak mendengar, anakanak dilihat terlalu bebas

Bersikap mengabaika­n: Hampir tidak meminta, hampir tidak mendengar, anakanak terabai

Berdasarka­n empat kategori gaya asuhan atau didikan ibu bapa itu, Nur Firdaus berkata, secara konsepnya, keibubapaa­n dominan adalah corak asuhan ibu bapa yang autokratik, banyak permintaan terhadap anak supaya melakukan sesuatu atau mencapai sesuatu dan anak-anak tidak atau kurang diberi peluang untuk bersuara khususnya dalam membuat keputusan keluarga.

Dalam konsep ini, peraturan keluarga ditentukan sepenuhnya oleh ibu bapa.

Keibubapaa­n yang bersikap penyayang dan tegas pula adalah corak asuhan ibu bapa yang ala demokratik. Ibu bapa mempunyai banyak permintaan supaya melakukan sesuatu atau mencapai sesuatu, namun anak-anak diberi ruang untuk bersuara dan menyatakan pandangan khususnya dalam membuat

 ??  ?? JANGAN sesekali jadikan anak sebagai tempat melepaskan tekanan atau kemarahan.
JANGAN sesekali jadikan anak sebagai tempat melepaskan tekanan atau kemarahan.
 ??  ?? PASTIKAN anak faham mengapa mereka dihukum.
PASTIKAN anak faham mengapa mereka dihukum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia