Harian Metro

Kurang gula, rasa masih hebat

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@ hmetro.com.my

Inovasi minuman kegemaran dihasilkan

dengan kombinasi

ekstrak semula jadi

stevia

ColaCola memperkena­lkan produk terbarunya, CocaCola Stevia sempena pameran Cabaran Rasa yang diadakan di aras bawah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, 29 Mac lalu.

Produk yang dipasarkan di seluruh negara itu adalah tambahan terkini kepada rangkaian CocaCola yang setakat ini terdiri daripada CocaCola Classic, Light, Zero Sugar dan Vanilla.

Pengurus The Coca Cola Company Negara Malaysia, Singapura dan Brunei Ahmad Yehia berkata, CocaCola Stevia memberi kehebatan rasa klasik tetapi 35 peratus kurang gula iaitu dihasilkan dengan kombinasi ekstrak semula jadi stevia.

“Kami tahu pengguna inginkan lebih pilihan dan memandangk­an populariti stevia sebagai pemanis semakin meningkat di peringkat tempatan serta global, CocaCola Stevia menjadi inovasi terkini kami yang memberi pengguna pilihan kurang gula dengan kehebatan rasa sama seperti CocaCola Classic.

“Setakat ini, tiga daripada lima produk kami diiktiraf Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbona­t.

“Kami berusaha memastikan pilihan kurang gula dan tanpa gula ini mudah didapati di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua

Hal Ehwal Umum dan Komunikasi Coca

Cola Bottlers Malaysia Finaswani Mohamed

Zin berkata, pihaknya teruja memperkena­lkan produk baru itu kepada semua penggemar jenama minuman berkenaan.

Katanya, kewujudan produk berkenaan di pasaran bukan saja memberi lebih pilihan tetapi juga memenuhi kehendak peminatnya yang menggemari minuman kurang manis.

“Stevia adalah pemanis tanpa kalori yang dihasilkan daripada pokok stevia dan ia digunakan dalam menghasilk­an produk ini bagi memberi pengguna pilihan rendah kalori atau kurang kalori,” katanya.

Selepas menemui peminat di Mid Valley Megamall, CocaCola akan meneruskan pameran di ruang Concourse Old Wing, Pusat Beli Belah One Utama bermula 18 hingga 22 April depan.

Di mesin Cabaran Rasa, pengunjung akan diberikan cawan berisi CocaCola Classic atau Stevia bagi merasai kehebatann­ya.

Pada masa sama, pengunjung turut berpeluang menikmati harga promosi iaitu empat botol CocaCola Stevia

320 mililiter (ml) dengan harga RM4 dan RM1.80 untuk sebotol CocaCola Stevila (botol PET) isian 500ml.

Tawaran itu hanya sah untuk pembelian di AEON One Utama dan kaunter promosi Cabaran Rasa di Concourse Old Wing, One Utama sepanjang tempoh pameran saja.

 ??  ?? AHMAD Yehia (kiri) dan Finaswani bersama tin minuman Coca-Cola Stevia sempena Majlis Pelancaran Coca-Cola Stevia dan Pameran Cabaran Rasa di Mid Valley Megamall.
AHMAD Yehia (kiri) dan Finaswani bersama tin minuman Coca-Cola Stevia sempena Majlis Pelancaran Coca-Cola Stevia dan Pameran Cabaran Rasa di Mid Valley Megamall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia