Harian Metro

Minyak terapi pulih masalah anak

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my MAHU PERLUASKAN MANFAAT

Pengalaman memiliki anak yang sering batuk, selesema, demam dan pada masa sama turut mengalami kerosakan usus akibat sering mengambil ubat sawan membuatkan pasangan suami isteri ini berusaha mencari jalan penyelesai­an terbaik bagi menangani masalah ini.

Demi kesihatan anak tersayang, Shazren Shah, 34, dan suami, Nawawi Ibrahim, 35, tidak berputus asa dan tekad mencari formula terbaik sehingga akhirnya berjaya menghasilk­an minyak terapi bayi yang bukan saja selamat malah berkesan dalam membantu menangani masalah kesihatan yang sering dialami kanakkanak.

Menurut Shazren, minyak terapi Narivar tidak perlu diambil secara oral, sebaliknya hanya perlu dititis ke tapak tangan untuk urutan pada tapak kaki bayi, dada, belakang tubuh dan perut.

"Minyak aromaterap­i ini dihasilkan daripada pati tumbuhan eksotik dan dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah. Produk ini diperbuat daripada minyak pati asli lavender, lemon dan pudina, lebih istimewa ia turut mengandung­i gam arab atau Boswellia carteri yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.

"Semua bahan yang terkandung dalam minyak aromaterap­i ini 100 peratus semula jadi dan bebas bahan kimia. Kami gunakan minyak zaitun asli sebagai minyak asas supaya ia mudah menyerap pada kulit dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia," katanya.

Tambah Shazren, pati minyak bunga eksotik lavender dipilih dalam ramuan produk kerana bersifat antibakter­ia dan antiinflam­asi yang tinggi.

"Syukur, ramuan minyak ini berkesan untuk anak sulung saya yang ketika itu berusia empat tahun, dia juga semakin sihat dan menunjukka­n perkembang­an kesihatan positif sehinggaka­n ramai kenalan bertanya kaedah rawatan yang saya gunakan.

"Atas sebab itu juga, saya dan suami tekad membantu bayi dan kanak-kanak lain yang turut mengalami pelbagai masalah kesihatan terutama batuk, selesema dan demam. Minyak ini juga menjalani tujuh kali ujian makmal dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan melepasi Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (Sirim) untuk memastikan tahap keselamata­nnya," ujarnya.

Shazren berkata, konsep yang digunakan lain daripada lain kerana pihaknya bukan sekadar menjual produk minyak terapi semata-mata malah turut mengajar teknik urutan dan terapi sentuhan yang sesuai digunakan ke atas bayi dan kanak-kanak ketika menggunaka­n produk ini.

"Pada mulanya kami mengeluark­an minyak terapi Flutherapy (FT) khusus untuk menangani demam, batuk dan selsema yang disusuli produk terbaru iaitu Tummythera­py (TT) untuk kelegaan kembung perut serta sembelit dan Sleepthera­py (ST) bagi menyelesai­kan masalah anak sukar tidur malam.

"Produk ini dijual pada harga RM59 untuk sebotol dan RM159 untuk tiga botol. Kami amat gembira dengan sambutan diterima dan berharap lebih ramai lagi ibu bapa serta anak-anak yang memperoleh manfaat daripada penggunaan minyak terapi ini," katanya.

Shazren menambah, selain membantu ibu bapa dalam menangani masalah kesihatan, pihaknya turut membuka peluang kepada setiap individu yang mahu menjadi wakil jualan.

"Kini kami mempunyai hampir 400 ejen dan stokis di seluruh negara yang berfungsi sebagai wakil jualan. Kami menjanjika­n pelbagai ganjaran menarik seperti pakej percutian hebat buat wakil jualan yang mencapai sasaran sebagai penghargaa­n.

"Kami juga berusaha membantu menjana pendapatan bulanan setiap wakil jualan terutama suri rumah yang mahu menambah pendapatan diri dan membantu suami," katanya.

Tambahnya, dia menyasarka­n untuk menambah jumlah wakil jualan bagi memastikan manfaat Narinar dapat diperluask­an.

"Seperti yang saya katakan tadi, kami bukan semata-mata menjual produk kerana apa yang lebih utama adalah terapi sentuhan yang diajar secara sistematik khusus kepada ibu bapa atau penjaga.

"Terapi sentuhan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan bayi sekali gus membantu melegakan masalah kesihatan dialami," ujarnya.

Terapi sentuhan itu boleh dipelajari dengan log masuk ke laman webnya di www.narinar.com selepas mendapatka­n produk.

 ??  ?? SHAZREN mengasaska­n minyak terapi bayi bersama suaminya.
SHAZREN mengasaska­n minyak terapi bayi bersama suaminya.
 ??  ?? PASANGAN suami isteri
yang giat membantu ibu bapa dalam menangani
masalah kesihatan anak-anak.
PASANGAN suami isteri yang giat membantu ibu bapa dalam menangani masalah kesihatan anak-anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia