Harian Metro

Dua maut kereta langgar belakang jentolak

-

Kota Marudu: Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar bahagian belakang jentolak di

Jalan Kanibongan-Pitas berhampira­n simpang Paitan, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 9.30 malam itu, mangsa Joddy Kumin, 33, dan Sandro Vickie Thomas, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, kedua-dua mangsa warga tempatan bekerja di Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Pitas.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan jam 9.45 malam daripada orang awam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Saga FLX dipandu seorang mangsa dari arah Pitas menuju ke Kanibongan.

“Bagaimanap­un, setibanya di tempat kejadian, kereta terbabit terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah jentolak yang diletakkan di tepi sebelah kanan jalan menghala ke Kanibongan.

“Ekoran pelanggara­n itu, kedua-dua mangsa maut di lokasi kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sampel darah kedua-dua mangsa sudah diambil bagi mengenal pasti sama ada pemandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau tidak.

Katanya, pemeriksaa­n di sekitar tempat kejadian mendapati keadaan jalan raya dalam proses pembaikan mengakibat­kan permukaan jalan berpasir dan tidak berturap.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? DUA lelaki maut apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar belakang sebuah
jentolak di Jalan Kanibongan-Pitas.
DUA lelaki maut apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar belakang sebuah jentolak di Jalan Kanibongan-Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia