Harian Metro

Mayat hampir reput

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

 Wanita hilang seminggu ditemui tergantung di dalam rumah

Misteri kehilangan seorang wanita sejak seminggu lalu terungkai selepas mayatnya ditemui hampir reput di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Pandak, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 35 tahun itu ditemui jirannya yang curiga dengan bau busuk kira-kira jam 1.40 tengah hari sebelum masuk ke rumah berkenaan untuk pemeriksaa­n lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, berdasarka­n siasatan awal wanita terbabit dipercayai mempunyai masalah mental kerana sering dilihat bercakap sendirian oleh penduduk kampung.

Menurutnya, namun sejak seminggu sebelum ditemui, wanita terbabit tidak kelihatan merayau di kampung berkenaan menyebabka­n keluarga mula mencari, tetapi tidak menemuinya.

“Jiran wanita terbabit kemudian menemuinya dalam keadaan tergantung di dalam rumah berkenaan dengan keadaan mayatnya yang hampir reput.

“Berdasarka­n keadaan mayat yang hampir reput, polis percaya wanita terbabit sudah meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu sebelum ditemui,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit adalah ibu tunggal yang kematian suami dan tinggal di rumah peninggala­n bapanya di kampung sama sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, mayat wanita terbabit kemudianny­a dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Setakat ini polis mengklasif­ikasikan kematian sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan jenayah,” katanya.

 ?? Ng Ah Lek ?? RUMAH yang menjadi lokasi mayat mangsa ditemui.
Jiran wanita terbabit kemudian menemuinya dalam keadaan tergantung di dalam rumah berkenaan ”
Ng Ah Lek RUMAH yang menjadi lokasi mayat mangsa ditemui. Jiran wanita terbabit kemudian menemuinya dalam keadaan tergantung di dalam rumah berkenaan ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia