Harian Metro

Dua disyaki palsu dokumen direman

-

Tawau: Mahkamah Majistret di sini, semalam membenarka­n tahanan reman terhadap dua lelaki kerana disyaki memalsukan dokumen pinjaman dan membuat tuntutan palsu membabitka­n sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perintah reman selama enam hari bermula semalam sehingga 10 April ini dikeluarka­n Majistret Ferhnsha Farene Mohd Ferdaus.

Permohonan reman dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noor Hafizah Lanna.

Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 33 dan 38 tahun itu dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi dibawa oleh Pegawai SPRM Cawangan Tawau.

Suspek pertama ialah pegawai pembanguna­n keusahawan di sebuah GLC dan bekas pengurus cawangan Semporna, manakala suspek kedua ialah penyelia pinjaman cawangan Semporna.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Tawau kira-kira jam 5.45 petang kelmarin ketika hadir memberikan keterangan.

Kedua-dua tertuduh ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes memalsukan dan mengemukak­an 36 dokumen yang mengandung­i butiran palsu iaitu Borang Permohonan Pinjaman di antara 2009 hingga 2013.

Permohonan dibuat di atas nama 36 pemohon untuk membuat pinjaman kredit mikro daripada syarikat terbabit, sedangkan pemohon tidak membuat pinjaman berkenaan.

Hasil siasatan mendapati cek yang dikeluarka­n GLC berkenaan ditunaikan oleh kedua-dua tertuduh di Maybank cawangan Semporna membabitka­n jumlah pinjaman RM153,769.

Selain itu, tertuduh pertama juga didapati memalsukan lima sijil kematian Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) ke atas lima pemohon bagi tujuan menghapus kira hutang pinjaman pemohon selain menunaikan cek khairat kematian yang dikeluarka­n oleh syarikat tersebut kepada waris pemohon.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (mengemukak­an tuntutan palsu) yang mana boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

 ??  ?? DUA tertuduh diiringi pegawai SPRM selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Tawau.
DUA tertuduh diiringi pegawai SPRM selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia