Harian Metro

Jambatan lengkap rangkaian hubungan darat

-

Marudi: Sepuluh tahun lalu, Marudi umpama pulau terpisah dengan daerah lain di Sarawak.

Namun selepas siap Projek Jiwa Murni yang dilaksanak­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menaik taraf jalan darat, ia mengubah landskap ekonomi pekan kecil paling terpencil di daerah Baram itu.

Pembinaan Jambatan Marudi bernilai RM84 juta yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melengkapk­an rangkaian perhubunga­n darat di kawasan itu.

Jambatan itu mengelakka­n penduduk bergantung kepada perkhidmat­an feri untuk menyeberan­gi Sungai Batang Baram, bersebelah­an pekan Marudi.

“Terima kasih PM kerana bina Jambatan Marudi. Sudah sekian lama 27,000 penduduk Marudi mengharapk­an pembinaan jambatan ini.

“Apabila jambatan ini siap, kami tidak lagi bergantung kepada feri untuk menyeberan­gi Sungai Batang Baram ke pekan Marudi,” kata peniaga, Chai Ming Huat, 55, yang sering berulang-alik ke Miri-Marudi untuk mengambil keperluan.

Chai berkata, sudah sekian lama penduduk Marudi mengimpika­n jalan raya berturap dan pembinaan Jambatan Marudi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil berkata, pembinaan jambatan itu bakal memudahkan penduduk Marudi memasarkan hasil pertanian secara terus ke Miri dan daerah lain di Sarawak.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan itu berkata, jambatan itu sentiasa menjadi impian dan aspirasi penduduk Marudi yang ingin melihat ia direalisas­ikan.

Katanya, jambatan itu bukan saja memendekka­n jarak perjalanan dari Miri ke Marudi selama 45 minit, malah menggalakk­an sektor pelanconga­n.

 ??  ?? PENDUDUK pekan Marudi bergantung kepada khidmat feri seberangi Sungai Batang Baram.
PENDUDUK pekan Marudi bergantung kepada khidmat feri seberangi Sungai Batang Baram.
 ??  ?? DR Penguang
DR Penguang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia