Harian Metro

Op sudah dihidu

Peniaga warga asing di pasar harian Selayang ghaib

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Kami percaya penjaja tanpa lesen (warganegar­a asing) ini mengurangk­an aktiviti perniagaan mereka buat sementara waktu memandangk­an isu peniaga asing di pasar ini tular di media sosial”

Mohd Shahran Mohd Arshad

Seolah-olah dapat menghidu kehadiran pihak berkuasa apabila puluhan peniaga warga asing yang memonopoli kawasan perniagaan sekitar pasar harian Selayang di sini, didapati ghaib sebaik operasi dilakukan pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 8.30 pagi itu, hanya 10 peniaga warga asing ditahan dan diambil tindakan manakala kebanyakan penjaja tanpa lesen di kawasan itu didapati menghilang­kan diri.

Operasi membabitka­n 29 pegawai dan anggota Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Wilayah Persekutua­n dan Selangor selain dibantu 10 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, operasi NBOS itu dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi semalam bertujuan membendung kehadiran penjaja haram di kawasan itu.

Menurutnya, kebanyakan peniaga warga asing dipercayai pelarian Rohingya, warganegar­a Bangladesh dan Myanmar sempat lari meninggalk­an barang jualan mereka sebaik melihat kenderaan dinaiki penguat kuasa.

“Antara barang yang ditinggalk­an tong berisi barang mentah seperti ikan, sotong dan sayur selain alat timbang dan plastik membungkus barangan dijual.

“Penguat kuasa KPDNKK bagaimanap­un mengenakan kompaun serta-merta ke atas dua peniaga manakala DBKL menyita barangan milik 10 penjaja haram warga asing,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya maklumat operasi berkenaan ‘dihidu’ kebanyakan peniaga asing lain yang bertindak menutup perniagaan sebelum penguat kuasa tiba.

“Dalam operasi pada pagi ini (semalam), dua peniaga dikenakan kompaun serta-merta membabitka­n nilai RM600 manakala sitaan dilakukan DBKL membabitka­n 10 penjaja tanpa lesen warga negara asing.

“Kami percaya penjaja tanpa lesen (warganegar­a asing) ini mengurangk­an aktiviti perniagaan mereka buat sementara waktu memandangk­an isu peniaga asing di pasar ini tular di media sosial.

“Selain itu, peniaga haram warga asing di Pasar Selayang juga dapat menghidu kehadiran penguat kuasa lebih awal berikutan ramai yang sudah melarikan diri dan tidak berniaga pada hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui selepas operasi dijalankan.

Menurut Mohd Shahran, berdasarka­n maklumat serta risikan, kebiasaann­ya terdapat puluhan peniaga haram warga asing berniaga di pasar berkenaan termasuk di kaki lima premis.

“Bagaimanap­un dalam operasi ini, hanya sekitar 17 peniaga haram warga asing yang masih menjalanka­n perniagaan.

“Kebanyakan yang masih berniaga itu pelarian Rohingya. Mereka ini tidak lari berikutan mempunyai kad Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala selebihnya yang melarikan diri dipercayai langsung tidak mempunyai dokumen masuk ke negara ini dan khuatir ditangkap,” katanya.

Mohd Shahran berkata, pihak KPDNKK memberi fokus pada tanda harga serta penggunaan alat timbang manakala pihak DBKL fokus kepada penjaja tiada lesen bukan warganegar­a semasa operasi ini.

Katanya, dua kompaun serta-merta membabitka­n nilai RM600 itu pula dibuat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 manakala pihak DBKL membuat sitaan ke atas 10 penjaja mengikut Undang-Undang Kecil 3(1) Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegar­a.

 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK dan DBKL membuat pemeriksaa­n terhadap peniaga haram warga asing di Pasar Selayang.
PENGUAT kuasa KPDNKK dan DBKL membuat pemeriksaa­n terhadap peniaga haram warga asing di Pasar Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia