Harian Metro

PPBM DIARAH BUBAR SEMENTARA

- Azura Abas, Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

 Parti Tun M dilarang guna logo, laksana aktiviti politik

Perintah pembubaran sementara oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyaksika­n parti itu dilarang sama sekali menggunaka­n logo parti dan melaksanak­an sebarang aktiviti berkaitan parti.

Larangan itu berdasarka­n notis mengikut Seksyen 14(5), Akta Pertubuhan 1966 yang berkuat kuasa, semalam.

Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim berkata, perintah itu memberikan PPBM tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftara­nnya.

“Parti itu juga tidak boleh menggunaka­n nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenarkan melaksanak­an sebarang aktiviti berkaitan parti.

“Perintah pembubaran sementara itu sudah dikemukaka­n kepada PPBM pada jam 12.30 tengah hari tadi (semalam) dengan dialamatka­n bagi serahan kepada Setiausaha Agung PPBM.

“ROS dapati PPBM gagal menyerahka­n dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaiman­a notis yang dikeluarka­n mengikut Seksyen 14(2) akta sama pada 28 Februari lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Pada 28 Februari lalu, notis statutori mengikut Seksyen 14(2), akta sama, dikeluarka­n ROS merujuk kepada perkara supaya PPBM mengemukak­an minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan.

Oleh itu, beliau berkata, berdasarka­n Seksyen 14(6), Akta Pertubuhan 1966, jika PPBM dalam tempoh tidak lebih 30 hari dari tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarka­n, menyerahka­n butir maklumat dan dokumen seperti diperintah­kan, ROS boleh membatalka­n perintah pembubaran sementara berkenaan.

“Berdasarka­n Seksyen 14(7), akta sama, selepas tamat tempoh 30 hari itu, sekiranya ada rayuan dan selepas dari tarikh jika rayuan itu ditolak, maka Perintah Pembubaran Sementara ini akan menjadi mutlak dan PPBM dibatalkan pendaftara­nnya,” katanya.

Selain itu, Surayati berkata, berikutan masalah dihadapi parti itu, permohonan pendaftara­n Pakatan Harapan juga tidak dapat diproses dan diteruskan.

“Oleh itu, PPBM perlu menyelesai­kan seperti apa yang diarahkan pihak kami ini dalam tempoh 30 hari diberikan dan boleh membuat rayuan dalam tempoh itu,” katanya.

Tambah beliau, masalah ini juga disebabkan kelemahan pentadbira­n dan bantahan ahli PPBM sendiri.

“ROS menerima 428 aduan daripada ahli PPBM, kebanyakan aduan berkenaan tadbir urus parti, saya dah maklumkan sebelum ini ahli tidak berpuas hati cara parti mengendali­kan contohnya, mesyuarat, dokumen yang sepatutnya diedarkan kepada ahli, penggunaan perkataan ARMADA walhal dalam perlembaga­an parti tidak wujud, maka ahli rasa keliru.

“Bermaksud di sini kepimpinan parti tidak dapat menerangka­n dengan baik kepada ahli mereka,” katanya.

Beliau turut menegaskan keputusan ROS itu juga tidak dipengaruh­i mana-mana pihak kerana ia berdasarka­n fakta dan data yang diperolehi ROS.

“Contohnya, anda semua ada sertai pertubuhan, apa perasaan anda jika perkara dalam pertubuhan anda tidak diperjelas­kan dengan baik? Sudah tentunya kita tidak puas hati.

“Sama juga keadaannya (dengan PPBM), ini adalah fakta di mana ahli tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku dan bagaimana urus tadbir parti itu, mereka tidak mahu keadaan ini terus berlaku dan berlarutan,” katanya. Pakatan Harapan (PH) akan memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan tindakanny­a membubarka­n sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Peguam Gobind Singh Deo ketika ditemui pemberita berkata, petang semalam, ROS mengemukak­an surat kepada PPBM yang mengeluark­an perintah bahawa parti itu dibubarkan sementara berkuat kuasa semalam iaitu dua jam sebelum Mahkamah Tinggi mendengar permohonan semakan kehakiman berhubung status pendaftara­n PH.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia