Harian Metro

BUAIAN PUNTIANAK

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

 Video ‘seram’ kuarters bomba undang reaksi berbeza

Buaian berhayun sendiri tanpa sesiapa duduk di atasnya kecuali satu sosok seolah-olah puntianak berdiri di hadapan buaian itu.

Rakaman video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) pada 28 Mac lalu tular dan dikongsi pengguna aplikasi lain termasuk WhatsApp sejak beberapa hari lalu, sekali gus mencetuska­n pelbagai reaksi.

Insiden seram itu dipercayai dirakam penghuni kuarters kerajaan di Jalan Permatang 1, Kempas di sini.

Dalam video itu dapat dilihat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Wartawan yang meninjau kuarters berkenaan mendapati ia baru siap dibina namun belum dihuni sepenuhnya kakitangan jabatan itu.

Video itu dipercayai dirakam dari arah sebuah blok berhadapan taman permainan kanak-kanak di kuarters berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sejak menghuni kuarters berkenaan, tiada gangguan atau kejadian tidak diingini berlaku.

“Baru-baru ini kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan saya ada menonton video berkenaan apabila ia tular. Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan gangguan mistik atau insiden pelik.

“Perumahan ini juga belum penuh dan ramai belum berpindah ke sini buat masa ini,” katanya yang tidak tahu siapa yang mengambil video berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Mohamad Riduan Akhyar berkata, isu gangguan makhluk halus itu tidak pernah dibangkitk­an sejak penghuni kuarters berpindah ke rumah masing-masing, Mac lalu.

Bagaimanap­un, katanya, sejak video yang memaparkan wanita menyerupai puntianak itu dikongsika­n, pihaknya mengadakan bacaan tahlil dan Yasin di kawasan berkenaan, Ahad lalu.

“Kami mengambil pendekatan perubatan tradisiona­l dan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin, Ahad lalu.

“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.

“Sebelum ini, anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah isu gangguan makhluk halus,” katanya yang memaklumka­n hampir 80 peratus kuarters dihuni kakitangan jabatan berkenaan.

Menurutnya, sebagai umat Islam, semua percaya adanya alam ghaib dan makhluk halus namun pendekatan secara tradisiona­l dan Islam perlu dilakukan bagi menjaga keharmonia­n penghuni kuarters berkenaan.

Beliau juga menegaskan, insiden itu dirakamkan sejak minggu lalu, tetapi hanya tular beberapa hari lalu.

 ??  ??
 ?? FOTO: IZLAILY NURUL AIN HUSSEIN ?? SUASANA di kawasan taman permainan di kuarters kerajaan di Jalan Permatang 1, Kempas. SEDUTAN rakaman video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu menunjukka­n satu sosok (bulatan kecil) berdiri di sisi buaian.
FOTO: IZLAILY NURUL AIN HUSSEIN SUASANA di kawasan taman permainan di kuarters kerajaan di Jalan Permatang 1, Kempas. SEDUTAN rakaman video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu menunjukka­n satu sosok (bulatan kecil) berdiri di sisi buaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia