Harian Metro

PILU 17 KUCING MATI DIRACUN

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

 Lelaki pelihara si bulus jalanan percaya haiwan diracun

“Memang kejam individu yang sanggup lakukan perkara sebegini kepada kucing yang saya anggap seperti anak sendiri.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini...apa yang saya boleh katakan semoga perbuatan mereka ini mendapat pembalasan,” luah Muhammad Nor Fiqry Zahari, selepas 17 kucing peliharaan­nya mati dipercayai akibat diracun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan di sini.

Muhammad Nor Fiqry, 38, atau lebih dikenali sebagai Babah Conan yang memelihara kucing terbiar berkata, pada Selasa lalu dia tiada di rumah dan semua pintu serta pagar berkunci.

Katanya, kira-kira 60 kucing peliharaan­nya berada di dalam rumah.

“Namun, sebaik saja saya pulang ke rumah, saya lihat sembilan kucing sedang mengerumun­i sesuatu dan apabila saya mendekati... saya dapati ada kepala ayam.

“Saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.

“Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabka­n mereka keracunan dan mati,” katanya, semalam.

Dia kemudianny­a segera membuang kepala ayam berkenaan sebelum memberi kucing minum air kelapa dan membasuh mulut haiwan berkenaan.

“Selepas itu, beberapa kucing mula nampak seperti keletihan dan tidak bermaya serta tidak mahu makan.

“Lima kucing mati semalam (kelmarin) sebelum beberapa kucing lagi mati menjadikan jumlah keseluruha­nnya 17 ekor (yang mati),” katanya.

Muhammad Nor Fiqry berkata, dia tidak tahu bagaimana kepala ayam berkenaan ada di kawasan ruang tamu rumahnya walaupun pagar dan pintu dikunci dengan rapi.

Katanya, sehingga kini, masih terdapat kucing yang tidak bermaya dan dia terpaksa melepaskan semua kucing ke luar rumah bagi membolehka­n mereka mengambil ‘angin’ untuk pemulihan.

“Ini adalah kejadian pertama sejak saya membela kucing jalanan bermula 2016. Sebelum ini, kucing mati pun disebabkan penyakit saja,” katanya sudah membela lebih 150 kucing.

Dia berkata, kejadian itu mengakibat­kan dia hampir berputus asa untuk memberi perlindung­an kepada kucing jalanan biarpun pernah merancang membuat taman kucing.

“Saya memang sudah lama rancang mewujudkan sebuah taman yang membolehka­n orang ramai terutama kanak-kanak dapat bermain dengan kucing namun disebabkan kejadian ini saya berasa ralat sikit.

“Buat masa ini saya hanya mahu merawat kucing yang masih sakit dan tidak akan mengambil kucing sama ada dikutip atau diberikan oleh orang ramai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Nor Fiqry membelai kucing yang masih lemah.
MUHAMMAD Nor Fiqry membelai kucing yang masih lemah.
 ??  ?? ANTARA kucing yang mati diracun selepas menjilat cecair kimia pada kepala ayam.
ANTARA kucing yang mati diracun selepas menjilat cecair kimia pada kepala ayam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia