Harian Metro

SEUNCANG PAHALA

 Pelajar simpan duit belanja sekolah untuk yuran kelas al-Quran walaupun tiada bayaran dikenakan

- Ifwan Tun Tuah, Khairul Najib Asarulah Khandan Noraina ifwan@nstp.com.my

Tahap pemikirann­ya tidak seperti kanak-kanak lain kerana dia dikategori­kan lembam, namun Ahmad Fakhri Auni Abdullah, 10, membuatkan

guru mengajinya sebak apabila menyerahka­n duit syiling RM30 dalam uncang plastik kecil untuk membayar

yuran. Syiling itu dikumpul dari duit sekolah diberi ibu bapa biarpun terpaksa

mengikat perut setiap hari, lapor Ifwan Tun Tuah, Raja Noraina Abd Rahim

dan Khairul Najib Asarulah Khan

“Ustaz saya nak bayar yuran,” kata Ahmad Fakhri Auni Abdullah berusia 10 tahun yang sanggup mengikat perut menyimpan wang perbelanja­an sekolah diberi ibu bapanya setiap hari bagi membayar yuran mengaji di Pusat Pengajian Taman al-Quran di sini.

Walaupun, tiada bayaran yuran dikenakan kepadanya oleh pengasas pusat berkenaan, Muhammad Aliff Ibrahim, 26, kanak-kanak itu tetap mahu membayar yuran sebagaiman­a murid dan pelajar lain

Ahmad Fakhri yang bersekolah di tahun empat, Sekolah Kebangsaan Taman Rembau berkata, dia seronok mengaji bersama Ustaz Aliff sejak tiga tahun lalu bersama rakan sejak awal tahun ini.

Katanya, dia mahu membalas jasa ustaz mengajarny­a dengan membayar yuran walaupun tahu dia tidak perlu berbuat demikian.

“Dulu saya mengaji di rumah ustaz, tapi kini sejak ustaz membuka kelas mengaji dalam bas terpakai tahun lalu, saya mula mengaji di situ pula.

“Saya kumpul 50 sen daripada RM2 belanja sekolah untuk bayar yuran mengaji. Ayah selalu pesan jika nak sesuatu perlu cari duit sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Malah ketika berada di tahun satu, Ahmad Fakri pernah memberi wang syiling 50 sen kepada rakannya dengan alasan mahu bersedekah dan mencari pahala lebih.

Bapa angkat Ahmad Fakhri, Nor Hisham Mohd Idris, 48, berkata, dia mengetahui anak angkatnya yang dijaga sejak kecil mengumpul wang untuk membayar yuran sebelum menghantar­nya ke kelas mengaji minggu lalu.

“Fakhri mengeluark­an sebungkus wang syiling berjumlah RM30 meminta saya mengiranya dan memberitah­u mahu membayar yuran kelas mengaji. Saya memang mendidik anak saya betapa susahnya mencari duit dan biasanya, dia akan kumpul duit sendiri untuk membeli apa-apa yang disukainya.

“Apabila dia kata mahu beri syiling itu kepada ustaz, saya biarkan saja kerana cara tidak langsung, ia dapat mendidik rakan lain, “katanya.

Menurutnya, dia menghantar anaknya mengaji sejak tiga tahun lalu dan membayar yuran setiap bulan walaupun kelas berkenaan tidak mengenakan sebarang bayaran.

Sementara itu, Muhammad Aliff yang membuka kelas mengaji di dalam bas terpakai di Taman Seri Rembau di sini, sejak awal tahun lalu berkata, apa yang dilakukan Ahmad Fakhri selepas tamat kelas minggu lalu, membuatnya berasa sebak dan terharu.

“Dia memberi wang syiling yang dimasukkan dalam plastik kepada saya selepas tamat mengaji dan memaklumka­n mahu membayar yuran mengaji.

“Walaupun bukan daripada keluarga miskin, dia saya kecualikan daripada membayar yuran kerana saya suka melihat kerajinan dan kesungguha­nnya datang ke kelas setiap malam.

“Tapi dia amat prihatin mungkin kerana menyedari dia lebih bernasib baik berbanding ramai rakannya. Mungkin juga dia mempunyai rasa tanggungja­wab kerana menyedari pusat pengajian ini tidak mendapat pungutan yuran yang mencukupi.

“Ini kerana hanya 30 daripada 130 pelajar dikenakan yuran RM30 sebulan kerana 100 lagi pelajar daripada keluarga asnaf. Ahmad Fakhri beritahu saya dia kumpul 50 sen daripada wang belanja sekolahnya sehingga cukup RM30 untuk diserahkan kepada saya sebagai yuran,” katanya.

Muhammad Allif berkata, dia kemudian menghubung­i keluarga kanak-kanak itu untuk mengelakka­n salah faham dan diberitahu oleh bapanya, anak mereka berazam membayar yuran menggunaka­n wang yang dikumpulny­a sendiri.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan sekumpulan anak muda diketuai Muhammad Allif membuka kelas pengajian al-Quran di dalam bas dan mendapat sokongan ramai walaupun idea mereka itu pernah dianggap sebagai gila pada peringkat awal.

Ketika mula beroperasi dengan sebuah bas pada Mac tahun lalu, banyak pihak kurang yakin kelas pengajian itu bertahan lama namun selepas beberapa bulan, kumpulan anak muda itu membuktika­n projek terbabit mampu berkembang dan kini mempunyai empat bas dan sebuah kontena.

Muhammad Allif berkata, ketika kini seramai 130 orang pelajar berusia empat hingga 18 tahun belajar di situ, dalam dua sesi setiap petang dan malam, masing-masing bermula jam 5 hingga 6.30 petang dan jam 8 hingga 9.30 malam.

Katanya, mereka mengharapk­an bantuan dan sumbangan orang ramai untuk terus beroperasi dan sumbangan

Walaupun bukan daripada keluarga miskin, dia saya kecualikan daripada membayar yuran kerana saya suka melihat kerajinan dan kesungguha­nnya datang ke kelas setiap malam”

Muhamad Allif Ibrahim

boleh disalurkan melalui akaun CIMB Pusat Pengajian Taman al-Quran AZ (8602 3453 09).

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Fakhri mengumpul wang syiling untuk membayar yuran mengaji (gambar kanan) ketika mengikuti kelas di Pusat Pengajian Taman al-Quran.
AHMAD Fakhri mengumpul wang syiling untuk membayar yuran mengaji (gambar kanan) ketika mengikuti kelas di Pusat Pengajian Taman al-Quran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia