Harian Metro

JPJ hargai 4 anggota

-

Putrajaya: Empat anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang tular membantu enam individu termasuk empat kanak-kanak yang menaiki motosikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Isnin lalu diberikan sijil penghargaa­n jabatan berkenaan semalam.

Mereka adalah Ketua Pembantu Penguatkua­saan Shahrul Shahrizal Md Jawahir, 36; Penolong Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Mohammad Zaki Che Hasan, 35; Pembantu Penguat Kuasa Ahmad Abdul Aziz Ngah, 24, dan Azhar Abd Rahman yang bertugas di Stesen Penguatkua­saan JPJ Karak.

Sijil berkenaan disampaika­n Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddi­n Khalid sebagai tanda penghargaa­n di atas keprihatin­an empat anggota berkenaan yang membantu meringanka­n beban orang awam.

Menurut Shaharuddi­n, tindakan anggota berkenaan dapat memberikan persepsi yang positif kepada masyarakat terhadap tugas dan tanggungja­wab dipikul oleh setiap kakitangan penguat kuasa JPJ.

“Sifat keprihatin­an dipamerkan pegawai dan anggota berkenaan wajar menjadi contoh kepada setiap kakitangan JPJ dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab,” katanya ketika berucap pada merasmikan majlis Perhimpuna­n Setia JPJ Bagi April 2018, di Dewan Serbaguna Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia, di sini, semalam.

Kelmarin Harian Metro melaporkan, hati empat anggota JPJ yang sedang membuat rondaan tersentuh selepas melihat kesusahan enam individu menaiki sebuah motosikal Kilometer 56 LPT2 berhampira­n Plaza Tol Bentong, menghala Kuala Lumpur jam 11 pagi, Isnin lalu.

 ??  ?? DARI kiri Azhar, Mohamad Zaki, Shahrul Shahrizal dan Ahmad menerima sijil penghargaa­n.
DARI kiri Azhar, Mohamad Zaki, Shahrul Shahrizal dan Ahmad menerima sijil penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia