Harian Metro

DEBARAN ETIHAD

- AFP

London

Manchester City boleh mengurangk­an ‘derita’ akibat kalah kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara dengan meraih kejuaraan Liga

Perdana berdepan pencabar utama,

Manchester

United awal pagi esok.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan menjadi pasukan pertama dalam sejarah 26 tahun liga, meraih kejuaraan ketika berbaki enam perlawanan jika berjaya menewaskan United di Etihad – seterusnya menamatkan dominasi lawan di liga.

City kini 16 mata di depan pasukan tangga kedua bimbingan Jose

Mourinho dan jika meraih gelaran

Liga

Perdana ia akan menjadi kejayaan pertama buat

Guardiola di

England.

Pendahulu itu terdesak untuk kembali memperkuku­hkan pasukan selepas tewas 3-0 pada pusingan pertama Liga Juara-Juara di Anfield.

Namun, saingan tetangga itu hadir tiga hari sebelum pertemuan kedua peringkat Eropah dan Guardiola berdepan kesukaran mencari yang terbaik sambil percaya beliau boleh menukar defisit itu di Etihad.

“Tiada siapa percaya, tetapi kami ada satu lagi perlawanan,” kata Guardiola selepas kekalahan kepada pasukan bimbingan Jurgen Klopp.

“Kami perlu menerimany­a dan kini kami perlu berdepan United di laman sendiri dan kemudian Liverpool.

“Kami akan lihat apa yang akan berlaku. Sudah tentu ia

 Citizens idam jadikan United ‘penawar’

duka sebelum rangkul kejuaraan liga

sukar tetapi kami percaya.”

United, juara Liga Perdana beberapa kali di bawah kendalian bekas pengurus, Alex Ferguson, terdesak untuk mengganggu pesta

City dan mengembali­kan semula maruah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia