Kunci pintar aplikasi mudah alih
3 produk
sistem keselamatan
berfungsi secara efektif mudahkan
pemilik kediaman
Kecanggihan teknologi merangkumi sistem keselamatan kediaman hari ini berupaya mengurangkan risiko jenayah dan kelalaian seperti kes pecah rumah atau kehilangan kunci.
Penetapan kod Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) sebagai kata laluan bagi kunci pintar antara trend keselamatan kediaman yang kian popular di peringkat global, malah ia adalah alternatif utama di kebanyakan negara maju.
Inovasi teknologi kunci pintar HAFELE x igloohome yang menggunakan aplikasi mudah alih ini memudahkan pemilik untuk memasuki kediaman peribadi.
Menggunakan kod PIN, kunci Bluetooth, kunci fizikal atau kad sebagai kunci utama, kemudahan yang merekodkan log akses keluar masuk secara efektif ini juga boleh berfungsi secara ‘offline.’
Tiga produk inovatif teknologi sistem keselamatan kediaman diperkenalkan HAFELE Malaysia dan igloohome adalah Smart Mortise, Smart Deadbolt 2S dan Smart Keybox.
Sistem kunci pintar ini membolehkan pemilik kediaman membuka rumah menggunakan empat mod akses seperti kod PIN, kunci Bluetooth dan fizikal atau kad.
Beroperasi menggunakan empat bateri bersaiz
AA, sistem ini turut mengeluarkan amaran bateri rendah melalui bunyian ‘beep’ dan kelipan lampu berwarna merah pada pad kunci.
Boleh dipasang pada pintu kayu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, Smart Mortise memiliki ciri sistem keluar anti panik.
Sistem ini membolehkan pemilik kediaman membuka pintu dengan cara menekan hendal pintu ke bawah dari dalam tanpa perlu memulas kunci jenis ‘thumbturn’ berlainan.
Sistem ini juga membuatkan pintu akan terkunci secara automatik apabila ia tertutup.
Sekiranya pengguna memasukkan kod PIN yang tidak sah sebanyak lima kali, operasi kunci pintar ini akan dihentikan selama satu minit sebelum ia boleh digunakan semula.
Bagi kes pencerobohan, kunci akan mengeluarkan bunyi sekiranya penjenayah cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah.
Kunci pintar ternipis dunia ini boleh dibuka menggunakan tiga akses, kod PIN, kunci Bluetooth atau kunci fizikal.
Memiliki mod privasi bagi menghalang kemasukan secara elektronik dari luar, pengguna perlu memasukkan lapan digit rawak sebelum dan selepas kata kunci dimasukkan bagi mengurangkan risiko penceroboh mengesan cap jari.
Bukaan kunci lebih pantas menggunakan Bluetooth, sistem ini membolehkan pengguna menetapkan durasi diingini sebelum kunci tertutup secara automatik.
Seperti Smart Mortise, kunci pintar Smart Deadbolt 2S ini turut menghasilkan bunyi sebaik ia mengesan wujudnya cubaan pencerobohan.
Kotak kunci pintar berfungsi menyimpan barangan penting termasuk kunci apabila ia boleh memuatkan sebanyak enam kunci fizikal atau tujuh kad kunci.
Boleh diakses menggunakan kod PIN dan kunci Bluetooth,
Smart Keybox ini akan terkunci secara automatik sebaik ia ditutup sekali gus memenuhi ciri keselamatan tambahan.
Sekiranya pengguna gagal memasukkan kod
PIN yang sah sebanyak lima kali, operasi kotak kunci pintar ini akan dihentikan selama satu minit.
Bagi mengurangkan risiko penceroboh mengesan cap jari, pengguna perlu memasukkan digit secara rawak sebelum kata kunci dimasukkan.
Kotak kunci pintar ini juga boleh dipasang pada hendal, pagar besi atau dilekatkan pada dinding menggunakan skru.