Tak mudarat ekonomi negara
Manifesto Barisan
Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan memudaratkan ekonomi negara.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua 14 akujanji yang dilancarkan itu bukan sekadar janji kosong tetapi beliau yakin ia boleh dilaksanakan sekiranya BN diberi mandat oleh rakyat.
Ini termasuk akujanji untuk rakyat Negeri Sembilan bagi mempercepatkan pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang dijangka mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.
“Ia (manifesto) memang boleh dilaksanakan dan yang penting ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi negara jika dilaksanakan 100 peratus.
“Saya percaya manifesto yang dilancarkan itu dapat meyakinkan dan menawan hati rakyat kerana ia adalah manifesto yang menyeluruh dan praktikal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Pengumuman pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) menghubungkan Tepoh, Kuala Nerus ke Kelantan yang menjadi satu teras dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) diibaratkan sebagai hadiah untuk penduduk Pantai Timur.
Eksekutif Pemasaran syarikat perhotelan Faraswati Ismail, 28, berkata, sekiranya pembinaan LPT3 yang diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dalam manifesto Bersama BN Hebatkan Negaraku dapat direalisasikan, perjalanan menghubungkan dua negeri ini dapat dipendekkan, selain memudahkan masyarakat setempat.
Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu berkata, pembinaan lebuh raya itu secara tidak langsung dapat