Nicol tumbang, gagal pertahan kejuaraan
gagal menyaingi permainan agresif Joelle.
Nicol seterusnya akan membuat perhitungan pingat gangsa dengan Tesni Evans dari Wales yang kecundang 11-6, 11-3, 11-8 kepada pemain England, Sarah-Jane Perry dalam satu lagi aksi separuh akhir.
“Set pertama berlangsung sengit dan ia menjadi pemisah. Jika saya memenanginya mungkin saya akan memperoleh keputusan positif.
“Saya mencuba sedaya upaya pada set ketiga, tetapi Joelle mendapat semula keyakinan pada set keempat.
“Ada kalanya ia bukan hari anda. Semoga, saya mampu bangkit pada acara seterusnya.
“Sudah tentu, ia amat mengecewakan untuk kalah hari ini tetapi saya perlu segera lupakan dan kembali fokus untuk perlawanan penentuan pingat gangsa esok kerana ia kemungkinan besar menjadi pentas Komanwel terakhir saya,” kata Nicol.
Sementara itu, Nafiizwan Adnan yang mengejutkan bintang England, Nick Matthew pada aksi suku akhir kelmarin, tumpas di tangan pemain nombor empat dunia James Willstrop juga dari England 11-6, 12-10, 11-4 dalam aksi separuh akhir lelaki.
“Saya sepatutnya melakukan lebih baik hari ini. Saya perlu beraksi mengikut perancangan. Saya fikir dia sudah penat, tetapi sebenarnya tidak.
“Saya cuba meningkatkan permainan di set kedua tetapi dia bijak menggunakan pengalamannya untuk bangkit,” kata Nafiizwan.