Harian Metro

Sakit sendi melarat ke buah pinggang

-

Gombak: Didakwa kononnya boleh menyembuhk­an sakit sendi tulang sekali gus membantu golongan warga emas yang menghadapi kesukaran mengerjaka­n solat untuk menunaikan ibadat.

Namun lain pula terjadi apabila kapsul ubat dimakan itu mengakibat­kan kebanyakan pengguna mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan penyakit lain.

Kegiatan penjualan produk pil mengandung­i kimia dexamethas­one itu oleh sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysian (KKM) sejak beberapa tahun lalu bagaimanap­un dibongkar KKM semalam.

Premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) KKM diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi BPF KKM, Adnan Salimin jam 11 pagi kelmarin, susulan aduan diterima daripada pengguna.

Jurucakap KKM berkata, dua individu dipercayai pihak pengurusan syarikat itu diambil keterangan berhubung penjualan produk didakwa boleh menyembuhk­an sakit saraf dan sendi itu.

“Produk ini amat laris dalam kalangan warga emas yang tidak menyedari bahaya tersembuny­i. Siasatan mendapati produk ini tidak didaftarka­n dengan KKM serta tidak memilik pelekat keselamata­n hologram KKM.

“Setiap botol produk ini dijual pada harga sekitar RM80 setiap satu. Kebanyakan pengguna diperdaya apabila pihak syarikat mendakwa produk itu dihasilkan 100 peratus daripada herba asli selain tiada kesan sampingan.

“Kononnya ubat itu dihasilkan menggunaka­n tumbuhan herba dalam perubatan Ayurveda selain mampu menghilang­kan rasa sakit,” katanya.

Susulan itu BPF merampas produk itu yang didakwa mujarab untuk merawat sakit lutut, pinggang dan sendi.

“Pil mengandung­i racun berjadual itu turut mendatangk­an kesan sampingan buruk lain antaranya tulang rapuh, luka lambat sembuh, meningkatk­an tekanan darah dan Cushing’s Syndrome,” katanya.

Sementara itu KKM turut mengambil tindakan terhadap dua produk jenama Pil Penawar Raja Saraf dan pil Herba Qaseh yang disahkan mengandung­i kimia dexamethas­one.

Difahamkan KKM mengesan kegiatan pengiklana­n dan penjualan dalam talian dua produk ini dengan pelbagai tuntutan perubatan kesihatan yang mengeliruk­an orang ramai.

“Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahka­n dua produk ini adalah bukan produk berdaftar dan disahkan dicemari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia