Harian Metro

RIBA BAYI JAWAB PEPERIKSAA­N

- Reuters

 Jahantab pamer ketabahan wanita Afghanista­n

Gambar wanita Afghanista­n meriba bayi ketika menduduki peperiksaa­n memasuki universiti mencetuska­n kempen global membantuny­a menyambung pelajaran di negaranya.

Jahantab Ahmadi menarik perhatian dunia selepas pegawai di Universiti Nasir Khusraw di Nili, tengah Afghanista­n, menyiarkan gambar wanita itu di media sosial, bulan lalu.

Ia menunjukka­n Ahmadi meriba bayinya sambil menjawab peperiksaa­n.

Imej itu menyentuh Persatuan Belia Afghanista­n (AYA) yang beribu pejabat di Britain yang memulakan kempen GoFundMe untuk membantu Jahantab dan setakat ini mengumpul hampir AS$15,548 (RM60,191).

Menurut kumpulan itu, wang berkenaan akan diberi kepada Jahantab yang mendapat tempat di Universiti Kabul.

“Ia memberi ilham kepada ramai orang dan berharap memberi motivasi kepada wanita lain.

“Jika mereka komited, tiada apa boleh menghalang mereka.

“Melalui bantuan ini, diharap dapat membantu wanita lain pula pada masa depan,” kata setiausaha AYA, Shokryah Mohammadi.

Mohammadi berkata, AYA berhubung dengan Jahantab yang mempunyai tiga anak, termasuk bayi dua bulan yang diribanya.

Suami wanita itu yang dilaporkan buta huruf dipuji di media sosial kerana menyokong isterinya di negara yang wanitanya hanya terperuk di rumah.

– Reuters

 ??  ?? JAHANTAB Ahmadi ketika menjawab peperiksaa­n menduduki universiti di Afghanista­n yang tular
di media sosial. - Agensi
JAHANTAB Ahmadi ketika menjawab peperiksaa­n menduduki universiti di Afghanista­n yang tular di media sosial. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia