Harian Metro

Peluang keemasan Ulreich

-

Berlin:

Ketika

Manuel

Neuer diketepika­n,

Sven Ulreich menyedari ia masa terbaik untuknya menyerlah selaku penjaga gol Bayern Munich, ketika dia bersedia bagi saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

Ulreich mendapati secara tiba-tiba dia menjadi pilihan utama kelab September lalu apabila pemenang Piala Dunia, Neuer mengalami kecederaan kaki ketika latihan.

Pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi akan menjadi watak utama di gawang berdepan Sevilla di Arena Allianz, Munich awal pagi esok dengan kelab Jerman itu hampir layak sekali lagi ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Bayern memiliki kelebihan 2-1 dan boleh mara ke kelompok empat pasukan terakhir buat kali ketujuh dalam sembilan musim.

Ketika kelibat Thomas Mueller dan Robert Lewandowsk­i kerap digunakan dalam saingan kalah mati pertanding­an Eropah, situasi seperti itu juga sesuatu yang diimpikan Ulreich. “Sevilla amat berpengala­man, ia perlawanan yang bagus. Saya terlalu gembira boleh bermain pada suku akhir Liga Juara-Juara,” katanya.

Ketika Ulreich berada di gol, Bayern meraih gelaran Bundesliga kelmarin dengan kemenangan 4-1 di Augsburg dan kini fokus utama mereka adalah aksi Eropah.

Bagaimanap­un, bagi Ulreich, situasi dihadapiny­a tidak dapat dibayangka­n sebelum kecederaan dialami Neuer awal musim ini.

Penjaga gol berasal dari Stuttgart itu akan berdepan satu lagi kempen ketika ketiadaan Neuer hingga bintang Jerman itu mengalami patah kaki selepas kecederaan awal April lalu.

Ulreich menyertai Bayern pada 2015 dari Stuttgart dan 24 daripada 47 penampilan Bundesliga buat pasukan Bavaria itu hadir musim ini ketika ketiadaan Neuer.

- AFP

 ??  ?? ZIDANE puji komitmen Ronaldo bersama Real.
ZIDANE puji komitmen Ronaldo bersama Real.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia