Harian Metro

Teroka tenaga hidro

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 Ganti pendapatan menerusi sumber minyak dan gas

“Kajian membabitka­n bekalan tenaga alternatif seperti hidrogen dan teknologi pintar pastinya memberi peluang cukup besar kepada rakyat negeri ini untuk memperoleh manfaatnya.

“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, landskap pengangkut­an awam Sarawak, terutama di Kuching akan melalui transforma­si hasil penggunaan bas elektrik berkuasa hidrogen.

“Ini menunjukka­n Sarawak mempunyai komitmen tinggi mempromosi sumber tenaga lebih bersih dan cekap, selain membantu mengurangk­an kesan pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidanga­n Kemuncak Tenaga Mapan Antarabang­sa Ke-4, di sini, semalam.

Abang Johari berkata, sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching juga akan mengguna pakai bahan bakar hidrogen dan penggunaan bahan bakar itu akan diperluask­an ke seluruh Sarawak sekiranya ia dinilai mapan.

“Sarawak ada banyak sungai, taburan hujan yang besar dan struktur muka bumi bagi membolehka­n takungan air semula jadi, maka 75 peratus sumber tenaga negeri ini boleh dijana menerusi tenaga hidro. Potensi Sarawak meneroka tenaga hidro adalah langkah tepat,” katanya.

Mengulas inisiatif Skim Bekalan Elektrik Alternatif Pedalaman (SARES), Abang Johari berkata, kerajaan menyasarka­n semua penempatan di pedalaman menikmati bekalan tenaga 100 peratus menjelang 2025.

“Sumber tenaga yang dijana menerusi penggunaan mini hidro dan panel suria memainkan peranan signifikan mengatasi masalah bekalan elektrik dalam kawasan berkenaan.

“Usaha berterusan kerajaan negeri memastikan setiap pelusuk penempatan dibekalkan akan kekal diteruskan,” katanya.

Inisiatif SARES dipelopori kerajaan negeri mendapat pengiktira­fan antarabang­sa selepas memenangi Anugerah Bekalan Elektrik Pedalaman Bersekutu di Persidanga­n Kemuncak Pelaburan Akses Tenaga, di Catania, Sicily.

 ??  ?? ABANG Johari mencuba basikal elektrik ketika melawat pameran selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidanga­n Kemuncak Tenaga Mapan Antarabang­sa Ke-4 di Kuching, semalam.
ABANG Johari mencuba basikal elektrik ketika melawat pameran selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidanga­n Kemuncak Tenaga Mapan Antarabang­sa Ke-4 di Kuching, semalam.
 ??  ?? RAJA Mohamed Affandi (dua kanan) meyampaika­n anak kunci kepada keluarga anggota ATM Kem Sri, Miri.
RAJA Mohamed Affandi (dua kanan) meyampaika­n anak kunci kepada keluarga anggota ATM Kem Sri, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia