Harian Metro

PERISAI PRU

Pengawal peribadi laris ditempah ahli politik sempena PRU14

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Mereka bukan orang politik tapi dalam musim pilihan raya peranan mereka amat diperlukan calon yang bertanding bagi memastikan kelancaran gerak kerja berkempen. “Tugas utama pengawal peribadi ialah menjadi perisai kepada orang yang dilindungi. Maklumlah dalam kerancakan berkempen, macam-macam perkara boleh berlaku,” kata Presiden Persatuan Pengawal Peribadi (BGM) Bakrin Eboh, lapor Syazwan Msar

Mereka bukan orang politik tapi dalam musim pilihan raya umum seperti sekarang, peranan mereka diperlukan oleh calon yang bertanding bagi memastikan kejayaan dan kelancaran gerak kerja berkempen.

Mereka ialah pengawal peribadi yang kini khidmat mereka ditagih baik calon, mahupun VIP parti.

Presiden Persatuan Pengawal Peribadi (BGM) Bakrin Eboh berkata, terdapat lebih 800 pengawal peribadi berdaftar dengan pihaknya dan hampir semua mereka sudah ditempah dan mempunyai tugas tersendiri sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Menurutnya, jadual tugasan mereka juga lebih mencabar berbanding pada waktu biasa apabila pengawal peribadi terbabit akan bekerja lebih masa, selain perlu sentiasa mengiringi majikan ke majlis tertentu untuk berkempen atau bertemu pengundi.

“Tugas utama pengawal peribadi ialah menjadi perisai kepada orang yang dilindungi, selain membantu memastikan keadaan persekitar­an bebas daripada sebarang ancaman,” katanya kepada Harian Metro.

Bakrin berkata, calon berprofil tinggi dan bertaraf menteri kebiasaann­ya menggunaka­n sekurang-kurangnya dua pengawal peribadi dan ada juga yang memerlukan sehingga 12 orang.

Seorang pengawal peribadi yang berpengala­man mengawal ahli politik Muhamad Mohd Yusoff, 43, berkata berdepan suasana tegang, provokasi dan diserang adalah ‘makanan’ bagi pengawal peribadi.

Dia yang yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor dan berpengala­man 18 tahun menjadi pengawal peribadi kepada orang kenamaan mengimbas antara insiden sukar dilupakann­ya iaitu iaitu ketika mengiringi seorang ahli politik di Shah Alam, Selangor pada PRU ke-12.

“Ahli politik itu berkempen di sebuah kawasan perumahan dan ketika majlis hampir selesai saya bersama beberapa individu lain dibaling pelbagai objek menyebabka­n saya mengambil keputusan membawa lari ahli politik berkenaan kerana dibimbangi berlaku perkara lebih buruk,” katanya.

Menurut Muhamad, persaingan dan ancaman daripada pihak lawan juga

Ahli politik itu berkempen di sebuah kawasan perumahan dan ketika majlis hampir selesai saya bersama beberapa individu lain dibaling pelbagai objek menyebabka­n saya mengambil keputusan membawa lari ahli politik berkenaan kerana dibimbangi berlaku perkara lebih buruk” Muhamad Mohd

antara elemen yang perlu dititik beratkan, selain kawalan ketat ketika ahli politik berkenaan berjumpa dengan orang ramai juga perlu diberi perhatian sepenuhnya.

“Pengawal keselamata­n tidak boleh leka kerana sedikit kesilapan buruk padahnya terutama kepada individu yang dikawal kerana orang ramai sentiasa mengambil kesempatan apabila ada peluang berbuat demikian,” katanya.

Turut berkongsi pengalaman adalah Leong Tuck Whye, 51, dari Puchong, Selangor, apabila pernah dipukul lebih 10 individu ketika mengawal orang kenamaan.

Tuck Whye berkata, kejadian terbabit berlaku ketika dia mengiringi seorang kenamaan berjumpa rakannya sebelum tercetusny­a pergaduhan.

“Sebagai pengawal peribadi, kami seharusnya mengelak berlakunya pergaduhan dan perlu menggunaka­n cara lebih berdiploma­si.

“Saya terpaksa merelakan diri sekumpulan individu lelaki memukul dan membelasah saya bagi mengelak mereka mencederak­an majikan,” katanya.

Dia yang pernah bekerja sebagai setiausaha sebelum berkecimpu­ng dalam bidang pengawal peribadi berkata, orang ramai juga akan menyasarka­n ahli keluarga majikan jika mereka tidak berpuas hati atau menyimpan dendam.

“Oleh itu, kita perlu memastikan ahli keluarga majikan juga berada dalam keadaan selamat dan tidak menerima sebarang ancaman,” katanya.

Sebagai pengawal peribadi, kami seharusnya mengelak berlakunya pergaduhan dan perlu menggunaka­n cara lebih berdiploma­si” Leong

 ??  ??
 ??  ?? BAKRIN (kiri) melakukan demonstras­i mengawal ahli kenamaan yang duduk.
BAKRIN (kiri) melakukan demonstras­i mengawal ahli kenamaan yang duduk.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia