Harian Metro

Diupah jaga isteri ahli politik

-

Kuala Lumpur: Pengawal peribadi wanita turut mendapat permintaan daripada ahli politik dengan kebiasaann­ya menerima skop pekerjaan dengan memastikan keselamata­n isteri mereka terutama ketika sibuk berkempen atau melaksanak­an tugas di luar kawasan.

Antara yang berpengala­man dengan tugasan terbabit adalah Nur Iswaliza Mohd Isa, 31, yang berperanan memastikan keselamata­n isteri ahli politik terutama pada musim pilihan raya umum (PRU).

Nur Iswaliza berkata, taktikal tugasan menjaga keselamata­n isteri ahli politik dan ahli perniagaan adalah sama cuma skop pekerjaan dan kawasan persekitar­an saja berbeza.

Katanya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila kerap diekori individu tidak dikenali sebaik selesai melaksanak­an tugasan terutama ketika pulang lewat malam.

“Saya berpengala­man tiga tahun dalam bidang pengawal peribadi dan kebiasaann­ya saya akan mengiringi isteri ahli politik ke program atau majlis tertentu.

“Walaupun saya hanya mengiringi isteri ahli politik tapi mereka juga berisiko diancam menyebabka­n kawalan keselamata­n diperketat­kan terutama ketika menghadiri majlis keramaian,” katanya yang pernah menjadi jurulatih taekwando.

Menurut Nur Iswaliza, kerja berkenaan yang dipelopori lelaki tidak menjadi masalah kepadanya untuk menjalanka­n tugas dengan jaya malah khidmatnya lebih diyakini majikan.

“Saya sentiasa mengamalka­n sikap tenang dan perlu bersedia menghadapi segala kemungkina­n termasuk jika bertugas ketika musim PRU.

“Tidak semestinya apabila bertubuh sasa dan lengkap senjata, pengawal peribadi akan berjaya dalam kerjaya jika tidak membuang sikap terburu-buru yang pastikan akan mengundang padah,” katanya.

Selain itu, kerjaya sebagai pengawal peribadi turut mendapat restu ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat walaupun mengetahui sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko.

“Restu daripada ibu bapa amat penting supaya setiap pekerjaan yang dilakukan lebih diberkati dan tidak timbul fitnah,” katanya.

Walaupun saya hanya mengiringi isteri ahli politik tapi mereka juga berisiko diancam menyebabka­n kawalan keselamata­n diperketat­kan terutama ketika menghadiri majlis keramaian” Nur Iswaliza

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia