Harian Metro

JKFG sedia dana biaya rumah kos rendah

-

Rakyat berpendapa­tan rendah dan sederhana yang berhadapan kesukaran memiliki rumah sendiri terus dibela menerusi inisiatif khas dirangka Jawatankua­sa Focus Group (JKFG) Perumahan dan Hartanah seliaan Majlis Pembanguna­n Bumiputera Pulau Pinang.

Pengerusin­ya, Datuk

Jahara Hamid berkata, inisiatif itu termasuk menyediaka­n dana pembiayaan perumahan khusus bagi mana-mana individu berpendapa­tan rendah dan sederhana yang gagal mendapatka­n pinjaman di bank komersial.

Selain itu, katanya, JKFG turut berperanan dalam menyediaka­n bank tanah di Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan rumah mampu milik atau projek berteraska­n rakyat yang akan dibangunka­n agensi Kerajaan Persekutua­n.

“JKFG ini ditubuhkan khusus bagi menyelesai­kan isu pemilikan dan pembinaan rumah mampu milik, kos rendah serta aset komersil yang semakin berkuranga­n sejak pentadbira­n kerajaan negeri diambil alih pakatan pembangkan­g.

“Bagi rumah kos rendah misalnya, JKFG menawarkan kediaman sedemikian pada nilai RM43,000 seunit, iaitu 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Ini terhasil daripada subsidi diberikan Kerajaan Persekutua­n.

“Malah, kita juga menyediaka­n dana perumahan pada kadar

120 peratus daripada harga rumah di bawah RM200,000, khusus bagi individu berpendapa­tan RM3,000 ke bawah yang gagal mendapatka­n pinjaman di bank komersial,” katanya.

Ada lima JKFG ditubuhkan di bawah Majlis Pembanguna­n Bumiputera Pulau Pinang yang dipengerus­ikan Datuk Seri Zainal Abidin Osman, iaitu Usahawan dan Koperasi, Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Belia, Wanita dan Kesejahter­aan Rakyat; serta Modal Insan.

Jahara berkata, pihaknya berperanan menyediaka­n dana RM10 juta bagi menyelesai­kan isu berkaitan hampir 100 keluarga di Kampung Mutiara, Batu

Ferringhi yang diarah keluar selepas tuan tanah mendapatka­n perintah mahkamah.

“Bagi isu ini, kita bekerjasam­a dengan UDA Holdings Berhad untuk membeli tanah di sebelah kampung untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah dan sederhana untuk dijadikan penempatan semula penduduk,” katanya.

Sementara itu, penduduk Pangsapuri Bayu Tiara,

Bayan Lepas, Mohd Azhar Che Saad, 38, berkata dia gembira selepas berpeluang memiliki rumah sendiri selepas sekian lama menyewa di Sungai Nibong.

 ??  ?? JAHARA
JAHARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia