Harian Metro

‘BETA BERKECUALI’

- Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@nstp.com.my

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah semalam bertitah, baginda dan Istana Selangor berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.

Titah baginda itu diedarkan kepada media dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi semalam.

“Beta ingin menarik perhatian sekalian rakyat jelata terhadap senario semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei ini.

“Beta ingin menegaskan bahawa beta dan Istana Selangor sentiasa di pihak berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini. Beta tidak ada kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik dan tidak mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

“Beta juga ingin menegaskan bahawa kedudukan beta sebagai seorang raja adalah mengatasi politik dan tidak seharusnya dilihat menyokong mana-mana parti politik,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah baginda tidak memihak mana-mana parti politik

Pada masa sama, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bertitah, baginda sentiasa percaya dan menghormat­i kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mewakili mereka, selaras dengan sistem Demokrasi Berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan yang diamalkan di Malaysia ketika ini.

 ??  ?? SULTAN Sharafuddi­n
SULTAN Sharafuddi­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia