Harian Metro

‘Saya guna pendekatan berhemah’

-

Alor Setar: Lagenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din menyifatka­n dirinya sebagai

dalam pertembung­an tiga penjuru di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Bekas kapten pasukan Kedah dalam era kegemilang­an pasukan Hijau Kuning pada 90-an itu mengakui dia sebagai menentang penyandang kerusi itu, Datuk Mahfuz Omar dan calon daripada Barisan Nasional (BN) yang belum diumumkan.

Bagaimanap­un, calon PAS itu yakin mampu memberi cabaran sengit dengan sokongan akar umbi parti itu untuk berdepan Mahfuz, yang juga bekas Naib Presiden PAS.

Radhi, 53, berkata, walaupun Mahfuz lebih popular di peringkat kebangsaan selama bersama PAS sebelum melompat ke Parti Amanah Negara (PAN) awal tahun ini, beliau yakin akar umbi akan memilih calon yang dekat dengan mereka.

“Saya bukan menghina bekas bos saya tetapi ini realiti. Sepanjang beberapa bulan, Mahfuz tidak memberi sumbangan kerana mengambil cuti panjang.

“Kami di peringkat kawasan dan akar umbi reda jika Mahfuz cuti panjang tetapi apabila beliau menggunaka­n cuti terbabit untuk aktif di PAN, ia salah dan tidak boleh diterima.

“Bagi kami, adanya beliau (Mahfuz) tidak menambah, tidak mengurang. Bayangkan jika anak dan ayah bergaduh, sudah pastinya anak terbabit tidak akan menghina bapanya di luar tetapi jika dilakukan layak dipanggil anak derhaka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Radhi berkata, beliau akan menggunaka­n pendekatan berhemah dalam berkempen dan menjauhi sebarang serangan peribadi serta menggunaka­n kata-kata kesat.

Katanya, pendekatan memaki hamun tidak boleh diguna pakai kerana prinsip PAS adalah berpolitik secara matang dalam membina masyarakat yang harmoni.

“Kita tidak boleh memaki hamun dan menuduh pihak lawan dengan macam-macam tuduhan.

“Jika dihina, dituduh atau difitnah, kita tidak boleh ikut jejak sama, kita kena lawan dengan cara bijaksana dan berilmu,” katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumka­n Radhi sebagai calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada PRU14.

Radhi antara dua muka baru yang diumumkan pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, baru-baru ini.

Seorang lagi muka baru, ahli farmasi, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan sebagai calon Parlimen Kuala Kedah.

PAS turut mengumumka­n Pesuruhjay­a PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurraz­i sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN)

Pengkalan Kundur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia