Harian Metro

TAK CAPAI MATLAMAT

-

Pembangkan­g mengakui tidak mampu mencapai matlamat mereka meletakkan 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamarudin berkata, kegagalan itu disebabkan kekurangan golongan berkenaan menceburi politik.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa melatih mereka sebelum diberikan ruang menjadi calon wakil rakyat.

“Kita memang cuba melaksanak­an agenda 30 peratus (calon wanita), tetapi saya kesal untuk mengatakan kemungkina­n sasaran itu tidak dapat dicapai.

“Bagaimanap­un, saya yakin ada peningkata­n calon wanita pada PRU14 berbanding PRU13 lalu.

“Kita dalam proses melatih mereka. Proses itu berjalan dan insya-Allah akan tiba masa kita dapat capai 30 peratus calon wanita,” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau berkata, pihaknya melatih satu kumpulan wanita yang boleh diangkat sebagai calon dan meletakkan mereka di kawasan tertentu untuk memulakan gerak kerja, namun belum ada keputusan pucuk pimpinan tertinggi.

Berhubung jumlah kerusi ditandingi wanita pada PRU nanti, Zuraida berkata, belum ada angka muktamad berhubung berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi dan senarai akhir mengenainy­a dibuat.

“Saya tak pasti berapa kerusi (untuk calon wanita). Namun di peringkat wanita, semua parti gabungan meletakkan banyak cadangan nama wanita,” katanya.

PKR akui gagal letak 30 peratus

calon wanita dalam PRU14

 ??  ?? PETUGAS Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Pahang menyusun segala kelengkapa­n di dalam sebuah gudang di Indera
Mahkota, semalam.
PETUGAS Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Pahang menyusun segala kelengkapa­n di dalam sebuah gudang di Indera Mahkota, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia