Harian Metro

Abdul Hadi pertahan kerusi Parlimen Marang

-

lebih 5,000 penyokong parti pada Majlis Pengisytih­aran Calon PAS Terengganu PRU-14 di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, malam kelmarin.

Pesuruhjay­a PAS Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, PAS mempertaru­hkan 19 muka baru iaitu 15 di kerusi DUN dan empat di Parlimen.

Beliau berkata, daripada keseluruha­n 40 calon, 60 peratus terdiri daripada calon berlatarbe­lakangkan pengajian Islam, profesiona­l (22 peratus) dan selebihnya usahawan berjaya.

Katanya, semua 32 kerusi DUN dan lapan Parlimen ditandingi calon yang juga ahli parti berkenaan.

“Ini sekali gus menangkis dakwaan segelintir pihak menuduh PAS bekerjasam­a dengan parti lain pada PRU kali ini,” katanya.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menang dalam PRU13 lalu masih disenaraik­an kembali bertanding mempertaha­nkan kerusi masing-masing kecuali di DUN Batu Buruk dan Wakaf Mempelam.

Selain Muhammad Khalil yang akan bertanding di Batu Buruk, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Abdullah menggantik­an penyandang empat penggal Abdul Wahid Endut di kerusi Wakaf Mempelam.

 ??  ?? ABDUL Hadi
ABDUL Hadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia