Harian Metro

Tiga penceramah bebas calon PAS Selangor

-

Tiga penceramah terkenal yang sering muncul di kaca televisyen, Ahmad Dusuki Abd Rani, Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Nushi Mahfodz antara calon ditampilka­n PAS Selangor.

Pelantikan Zamri yang juga Timbalan Pesuruhjay­a III PAS Selangor diumumkan secara rasmi oleh Pesuruhjay­a PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, malam kelmarin.

Beliau yang sebelum ini hos rancangan Mari Mengaji terbitan TV9 bertanding di DUN

Sungai Burong.

Nushi, 43, bekas hos rancangan Jentik Hati, Suntik Minda terbitan Astro Oasis yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Serdang bertanding di Parlimen Bangi.

Malah, turut dipilih mewakili parti ialah penceramah bebas dan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani, 42, yang akan bertanding di kerusi DUN Kota Anggerik.

PAS Selangor mengumumka­n akan bertanding di 47 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Marang: Selepas 36 tahun atau lapan penggal, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan legasinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan hanya bertanding mempertaha­nkan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

PAS meletakkan Setiausaha Politik Abdul Hadi Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertanding kerusi DUN itu.

Ketua Pemuda PAS negeri yang juga anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil pula buat julung kali bertanding pada PRU kali ini di DUN Batu Buruk menggantik­an penyandang Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Pengumuman dibuat Pesuruhjay­a PAS Terengganu, Datuk Husain Awang di depan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia