Harian Metro

Kumar calon PAS untuk PRU14

-

Kuantan: Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk S Kumar antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru akan bertanding di kerusi DUN Tanah Rata dalam Parlimen Cameron Highlands.

Pencalonan­nya diumumkan Pesuruhjay­a PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dalam majlis pengisytih­aran calon PAS dan Gagasan Sejahtera Pahang pada PRU14 di Padang Awam Cenderawas­ih di sini, malam kelmarin yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rosli kekal di kerusi DUN Tanjung Lumpur yang dimenangin­ya pada PRU13 dan penyandang DUN Beserah, Andansura Rabu juga kekal di kerusi itu.

PAS meletakkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubram­aniam di kerusi Parlimen Bentong yang dijangka menentang Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai daripada Barisan Nasional (BN) dan Wong Tack (DAP).

Bagi 14 kerusi Parlimen di Pahang selain Balasubram­aniam, PAS turut meletakkan 13 calon lain iaitu Wan Mahadir Wan Mahmud (Cameron Highlands), Sobirin Duli (Lipis), Dr Mohamed Nilam Abdul Manap (Raub), Yohanis Ahmad (Jerantut), Nasrudin Hassan (Indera Mahkota), Sulaiman Mat Derus (Kuantan) dan Mohamad Azhar Mohd Noor (Paya Besar), Kapten (B) Ahiatudin Daud (Pekan), Hasenan Haron (Maran), Kamal Ashaari (Kuala Krau), Md Jusoh Darus (Temerloh) dan Musanif Ab Rahman (Bera).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia