Harian Metro

INI MUNGKIN TERAKHIR

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Lelaki 106 tahun masih mahu jalan

tanggungja­wab

“Saya akan terus mengundi selagi umur panjang dan diberikan kesihatan yang baik,” kata Othman Daud yang akan mengundi kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum (PRU), 9 Mei ini.

Othman yang kini berusia 106 tahun masih mahu menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai pengundi sekiranya diberikan umur panjang dan tahap kesihatan baik.

Katanya, walaupun tahap kesihatann­ya sudah tidak menentu dan menghadapi masalah pendengara­n tetapi penglihata­nnya masih baik sekali gus membolehka­nnya membaca kertas undi pada hari pengundian nanti.

“Saya bersyukur pada usia seperti ini masih mampu melihat dengan baik tanpa perlu memakai cermin mata dan membolehka­n saya meneruskan amalan membaca al-Quran serta surat khabar.

“Insya-Allah, jika umur panjang dan ada orang bawa ke pusat mengundi nanti, saya akan menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pengundi,” katanya di rumahnya dekat Kampung Tanah Liat di sini, semalam.

Menurutnya, dia kini tinggal bersama adik perempuann­ya berusia 80 tahun dan seorang cucu lelaki berusia 16 tahun.

Othman yang mesra disapa dengan panggilan Pak Long berkata, suasana mengundi ketika dia masih muda sentiasa diingati hingga sekarang.

“Ini kali ke-14 saya akan mengundi dan suasananya sudah tentu lain tambahan pula berada pada usia seperti ini.

“Saya pun tidak tahu bila lagi akan berpeluang mengundi dan mungkin ini kali terakhir,” katanya dalam nada sedikit sebak.

Dalam semakan daftar pemilih yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Othman akan mengundi bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) pula adalah Permatang Pasir. Othman berkata, dia berharap sesiapa terpilih untuk mentadbir kawasannya kelak menjadi seorang pemimpin yang sentiasa menitikber­atkan hal rakyat.

 ??  ??
 ?? FOTO: RAMDZAN MASIAN ?? OTHMAN menunjukka­n aplikasi mudah alih
MySPR Semak yang memperliha­tkan namanya.
FOTO: RAMDZAN MASIAN OTHMAN menunjukka­n aplikasi mudah alih MySPR Semak yang memperliha­tkan namanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia