Harian Metro

SERBU ‘KUBU KEBAL’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

 340 pendatang asing ditahan di Pasar Borong Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Walaupun sudah diserbu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) serta Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu, peniaga dan pekerja warga asing ‘berhati kering’ apabila masih beroperasi di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

Kelmarin, ‘kubu kebal’ warga asing terbabit terus digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Penguatkua­saan DBKL jam 3.30 petang.

Dalam serbuan itu, pelbagai gelagat warga asing dapat dilihat dalam usaha mereka melarikan diri antaranya berlagak selamba seolah-olah tidak bersalah malah tidak kurang juga menyorok di sebalik kotak barang mentah selain bersembuny­i di dalam pondok sampah.

Bagaimanap­un, taktik itu tidak berjaya apabila pemeriksaa­n rambang terhadap lebih 600 warga asing mendapati, 340 daripadany­a melanggar peraturan Imigresen.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, antara kesalahan dikenal pasti adalah menyalahgu­nakan pas, tinggal lebih masa dan tiada permit kerja.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan majikan yang disyaki melindungi dan mengambil pekerja asing tanpa permit dan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap mereka.

“Semua pendatang tanpa izin yang didapati ‘kosong’ dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Bukit

Jalil, di sini,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang turut menyertai operasi selama dua jam itu berkata, pihaknya juga memeriksa 70 rumah kedai di Jalan 2, Pasar Borong Kuala Lumpur yang didiami warga asing.

“Kami mendapati kebanyakan rumah itu yang disewa oleh warga asing, diubahsuai dengan membuat penyambung­an haram dan pihak kami mengambil tindakan merobohkan struktur binaan berkenaan.

“Mereka menyewa beramai-ramai di premis itu. Tindakan diambil mengikut peruntukan Seksyen 79 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana membuat penyambung­an haram.

“Pihak kami akan melakukan siasatan lanjut terhadap pemilik premis berkenaan,” katanya.

 ??  ?? IMIGRESEN melakukan pemeriksaa­n rambang terhadap 600 warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur.
IMIGRESEN melakukan pemeriksaa­n rambang terhadap 600 warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia