Harian Metro

Arul lancar laman web perjelas isu 1MDB

-

Arul Kanda antara lain berkata, cadangan laman web itu dikemukaka­n orang ramai ketika beliau mengadakan siri jelajah menjelaska­n isu 1MDB.

“Matlamat saya supaya laman ini menjadi penyebar maklumat berkaitan isu penting 1MDB dan memberi penjelasan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai 1MDB,” katanya. Arul Kanda yang menerajui 1MDB sejak 2015 berkata, laman web itu akan ditambah baik secara berterusan. “Walaupun ada pihak khususnya pembangkan­g menganggap pelancaran laman web ini kebetulan

ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), itu semua taktik kitar semula.

“Kedudukan saya adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, bukan ahli politik.

“Sebagai syarikat, kami bertanggun­gjawab memberi maklum balas terhadap apa juga serangan ke atas 1MDB,” katanya.

Antara artikel pilihan Arul Kanda yang dimuatkan ke dalam laman web itu adalah Isu Good Star Publisiti Murahan Pembangkan­g, Pembangkan­g Ketandusan Isu, Punca Bangkit Isu 1MDB dan Politik Kebencian Pembangkan­g.

 ??  ?? ARUL Kanda
ARUL Kanda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia