Harian Metro

Saman fitnah bekas MB Kedah 31 Mei

-

Kes saman fitnah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim diputuskan 31 Mei ini.

Saman itu berhubung dakwaan fitnah isu pakatan sulit membabitka­n Mukhriz dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz memaklumka­n kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua-dua pihak memfailkan hujahan balasan dalam tempoh tiga minggu, sekiranya ada.

Terdahulu Haniff Khatri berkata, pihaknya membangkit­kan isu berhubung niat Tuanku Abdul Aziz ketika membuat kenyataan terhadap anak guamnya dalam hujahan bertulis mereka.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos yang mewakili Tunku Abdul

Aziz berkata, antara hujah yang dikemukaka­n adalah kenyataan dibuat anak guamnya tidak merujuk kepada plaintif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia