Harian Metro

BERANG COKLAT HABIS

- Sarah Zulkifli cnews@nstp.com.my

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 Mohammad Azri Abdullah dipenjara 14 hari dan didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohammad Azri, 31, yang juga suami bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah semalam, pada hari pertama perbicaraa­n kes itu sepatutnya berlangsun­g.

Mahkamah memerintah­kan Mohammad Azri yang membantu ibunya menjual kek dan pastri itu menjalani hukuman penjara bermula semalam dan penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.

Selepas hukuman diberikan, Azri dan semua ahli keluarga termasuk ibunya dan Salma menangis teresak-esak sambil memeluk lelaki itu di dalam kandang tertuduh.

Keadaan itu menyebabka­n suasana mahkamah menjadi penuh emosi sehingga polis mahkamah menenangka­n keluarga Mohammad Azri apabila masing-masing gagal mengawal perasaan.

Turut kedengaran di galeri awam mahkamah, ibu tertuduh yang meraung sambil memeluk anaknya dan berkata, “Anak saya lelaki baik dan bertanggun­gjawab menguruska­n anak.”

Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiaya­an terhadap kanak-kanak yang kini berumur 11 tahun itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas

Bekas peserta AF-9 dipenjara 14 hari, denda RM5,000 selepas mengaku dera anak tiri

di pangsapuri di Seksyen 9, Putra Heights, Subang Jaya, di sini, jam 8 pagi, 5 Mei 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, kejadian itu berpunca daripada kegagalan Mohammad Azri mengawal kemarahan disebabkan coklat yang dibeli sudah tiada, sebelum menyoal mangsa sama ada mengambil makanan berkenaan, namun kanak-kanak perempuan itu menafikan.

Mohammad Azri membawa periuk berisi air panas dan mencelup kedua-dua tangan mangsa.

Menyedari kecederaan dialami mangsa, tertuduh membawa mangsa ke klinik berhampira­n sebelum ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Mohammad Azri memohon hukuman bukan berbentuk pemenjaraa­n atas alasan anak guamnya insaf atas kesalahan dilakukan serta menyesal dengan perbuatann­ya.

“Kejadian itu sesuatu yang tidak disengajak­an dan jika hukuman penjara anak guam berpisah dengan anaknya,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya V V Suloshani memohon hukuman pemenjaraa­n yang setimpal disebabkan kecederaan dihadapi mangsa serius dan kanak-kanak itu perlu mendapatka­n rawatan selama 19 hari di HKL.

- Lagi berita di muka 26

 ??  ?? MOHAMMAD Azri hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dengan ditemani ahli keluarga, semalam.
MOHAMMAD Azri hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dengan ditemani ahli keluarga, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia