Harian Metro

Izzue dakwa kes ‘dipinggir’ selesai

-

Kuala Lumpur: Perselisih­an faham antara pelakon Izzue Islam dengan penganjur acara pertunjuka­n fesyen Khamis lalu akhirnya terlerai selepas mereka bertemu empat mata semalam.

Izzue ketika dihubungi berkata, pihak penganjur menjelaska­n situasi sebenar dan mengaku isu dibangkitk­annya wujud kerana ada salah faham dan kesilapan komunikasi sesama mereka.

“Perkara ini berlaku kerana salah faham dan kurangnya komunikasi. Saya terkilan apabila terasa dipinggirk­an pihak penganjur, tetapi selepas mereka menceritak­an perkara sebenar saya anggap isu ini selesai.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya sebelum ini mengguris hati mana-mana pihak dan berharap isu ini tidak diperbesar-besarkan,” katanya.

Terdahulu, Izzue meluahkan rasa terkilan di Instagram Stories miliknya dengan menyifatka­n pihak penganjur tidak berlaku adil dan berasa seperti menumpang pada majlis yang menampilka­n 14 selebriti lain.

Izzue mendakwa pihak penganjur gagal menghormat­i jenama bajunya iaitu Izzuexclus­ive apabila tidak meletakkan akaun Instagram peribadiny­a di setiap kemas kini akaun rasmi penganjur terbabit berbanding selebriti lain.

Ditanya adakah dia akan meneruskan kerjasama selepas ini, Izzue berkata, ia masih dalam perbincang­an.

Pelakon popular Syafiq Kyle menegaskan dia tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita seperti yang hangat diperkatak­an.

Pengakuan Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, itu sekali gus menepis gosip mengatakan dia dan pelakon Hannah Delisha bercinta selepas mereka membintang­i drama Mencintaim­u Mr Photograph­er.

“Diakui saya dan Hannah bercinta di lokasi penggambar­an, tetapi ia bagi menghayati watak saja. Di luar lokasi, kami hanya kawan biasa. Sama juga dengan pelakon Zahirah MacWilson.

“Walaupun saya dan Hannah banyak berlakon dan menjayakan projek bersama, tidak semestinya kami bercinta. Perasaan cinta wujud ketika berlakon saja.

“Mungkin juga sebab sering bekerjasam­a, jadi kami selesa sebagai rakan sekerja saja. Dalam masa sama, kami juga suka berkongsi ilmu,”

 ??  ?? IZZUE
IZZUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia