Harian Metro

Kavitha tak tolak jalani IVF

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan model terkenal Kavitha Sidhu mengakui merancang menjalani rawatan kesuburan

(IVF) jika masih gagal mendapatka­n cahaya mata.

Menurut Kavitha, 46, buat masa ini, doktor memberitah­u dia dan suami, Roberto Guiati, 38, sihat dan tiada masalah untuk memiliki zuriat.

“Rumah tangga kami bahagia sepanjang dua tahun ini. Kami bersedia memiliki anak, tetapi belum ada rezeki lagi.

“Walaupun usia saya di penghujung 40-an, doktor memberitah­u kami masih boleh memiliki anak dengan cara semula jadi asalkan tiada masalah kesihatan.

“Kami berdua memang sihat dan sering bersenam di gimnasium,” katanya.

Mengenai IVF pula, kata Kavitha, ada rakan dan ahli keluarga yang mencadangk­an supaya dia melakukan rawatan itu untuk mendapatka­n anak.

“Saya ada terfikir melakukan rawatan ini. Pada masa sama, saya juga mendapat inspirasi melakukann­ya selepas melihat penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza mendapatka­n anak selepas 11 tahun menanti.

“Bukan saja IVF, saya percaya kecanggiha­n teknologi sekarang boleh membantu pasangan terutama yang bermasalah untuk mendapat cahaya mata,” katanya.

 ??  ?? RISTEENA
RISTEENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia