Harian Metro

Ahli perniagaan tak mengaku salah

-

Seorang ahli perniagaan wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengakses komputer mengandung­i fail mesyuarat sebuah kelab tanpa kebenaran, tiga tahun lalu.

Datuk Gee Siew Yee, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, Gee didakwa melakukan capaian tanpa kuasa ke atas komputer milik Pengurus Teknologi Maklumat Kelab Taman Perdana Diraja

Kuala Lumpur, Brian Periera, 32, dengan niat untuk mendapatka­n capaian terhadap tiga fail mesyuarat kelab itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kelab berkenaan di Dang Wangi, di sini antara jam 8 pagi hingga jam 5 petang, 29 September 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia