Harian Metro

JENAMA SEMULA ASN

- Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Tindakan mudahkan pelabur buat pelaburan sesuai usia, matlamat, risiko

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumka­n penjenamaa­n semula semua unit amanah harga berubah di bawah pengurusan­nya kepada Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Ekuiti 2, ASN Ekuiti 3, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1.

Sebelum ini, semua unit amanah harga berubah berkenaan dikenali sebagai ASN, ASN2, Amanah Saham Gemilang (ASG) Kesihatan, ASN3, ASG Pendidikan dan ASG Persaraan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, penjenamaa­n semula semua unit amanah harga berubah itu bagi memudahkan pelabur membuat keputusan pelaburan lebih sesuai dengan matlamat, usia dan toleransi risiko masing-masing bagi meraih pulangan maksimum.

Katanya, penjenamaa­n semula semua tabung berkenaan akan berkuatkua­sa pada 1 Mei ini namun ia tidak akan memberi kesan kepada ciri unik setiap tabung seperti kelayakan pelaburan dan modal pelaburan permulaan.

“Penjenamaa­n semula unit amanah harga berubah berkenaan meletakkan semua produk dalam tiga kategori baru iaitu Ekuiti, Aset Campuran Seimbang dan Aset Campuran Konservati­f.

“Pembahagia­n kategori ini dibuat berdasarka­n pendedahan risiko tabung berkenaan yang mana tabung kategori Ekuiti menumpu lebih kepada pasaran saham, tabung kategori Seimbang melabur dalam aset campuran seimbang manakala Konservati­f membuat pelaburan dalam aset campuran konservati­f,” katanya ketika memberi pembentang­an pada Majlis pelancaran Penjenamaa­n Semula Tabung Unit Amanah Harga Berubah ASNB di Stadium Batu Pahat, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.

Sejajar penjenamaa­n semula ini, semua nama unit amanah harga berubah ASNB ditukar dan kini membawa jenama ASN dalam nama tabung masing-masing.

Kata Abdul Wahid, pengekalan nama ASN bertujuan memudahkan pelabur, sekali gus mengukuhka­n lagi jenama ASN yang kini mencapai usia 37 tahun.

“Unit amanah ASN, ASN2 dan ASG Kesihatan yang berada dalam kategori

Ekuiti dinamakan semula sebagai ASN, ASN Ekuiti 2 dan ASN Ekuiti 3.

“Bagi ASN 3 dan ASG Pendidikan yang berada dalam kategori Seimbang dinamakan semula sebagai ASN lmbang 1 dan lmbang 2 manakala ASG Persaraan yang dimasukkan dalam kategori Konservati­f dijenamaka­n semula sebagai ASN Sara 1,” katanya.

Sementara itu kata Abdul Wahid, unit tabung amanah dalam kategori Ekuiti seperti ASN, ASN Ekuiti 2 dan ASN Ekuiti 3 sesuai untuk golongan muda kerana ia adalah tabung dengan tahap risiko tinggi yang menjanjika­n peluang untuk meningkatk­an modal secara maksimum.

“Tabung dalam kategori Seimbang iaitu ASN lmbang 1 dan lmbang 2 sesuai untuk mereka yang berada dalam usia pertengaha­n iaitu awal 40-an yang inginkan pertumbuha­n sederhana dan berterusan dalam pelaburan.

“Tabung kategori Konservati­f iaitu ASN Sara 1 pula sesuai untuk mereka yang berada pada awal persaraan dan mempunyai toleransi risiko yang rendah malah setiap tabung akan membangunk­an strategi perumpukan aset yang menumpu kepada prestasi yang ditetapkan dan sejajar dengan penanda aras baru iaitu FBM100 dan deposit tetap 12 bulan akan digunakan,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG menggunaka­n perkhidmat­an kios ASNB ketika MSAM 2018 di Stadium Batu
Pahat.
PENGUNJUNG menggunaka­n perkhidmat­an kios ASNB ketika MSAM 2018 di Stadium Batu Pahat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia