Harian Metro

ANUGERAH ILAHI

-

 Ibu bapa masuk syurga berkat sayangi anak perempuan

Fatimah adalah sebahagian daripadaku, barang siapa yang menyebabka­n kemarahann­ya bererti ia menyebabka­n kemarahank­u. Fatimah adalah sebahagian daripadaku, setiap perkara yang mendukacit­akannya, ia akan mendukacit­akan aku dan setiap perkara yang menggembir­akannya ia akan menggembir­akan aku”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Dunia pernah menjadi saksi berakhirny­a satu zaman anak perempuan dihina semahu-mahunya.

Pada zaman jahiliah, terdapat perundanga­n memberi izin kepada bapa memperdaga­ngkan anak perempuan mereka sesuka hati kerana menganggap kelahiran itu membawa malang.

Ada juga yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. Perkara itu dikecam dalam Surah alTakwir ayat 8 dan 9 bermaksud: “Apabila bayibayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, lantaran dosa apakah ia dibunuh.”

Juga disebut dalam Surah al-An’am, ayat 140

bermaksud: “Sesungguhn­ya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak mengetahui.”

Dalam satu lagi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhn­ya membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.”

(Surah al-Isra’, ayat 31)

Islam datang memberi sinar kepada anak perempuan supaya dikembalik­an hak mereka untuk hidup dan dihormati.

Kedatangan Islam menghapusk­an tradisi menanam anak perempuan dan mengangkat nilai anak perempuan di mata insan bergelar ibu bapa.

Besarnya jasa Islam kepada peradaban. Ibu bapa yang menjaga, mendidik, dan menyayangi anak perempuan dijanjikan ganjaran syurga buat mereka.

Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara dua anak perempuan sehingga ia baligh, ia akan datang pada hari kiamat nanti aku dan dia... (Baginda menggengga­m jari jemari Baginda, ertinya saling berdekatan).” (Imam Muslim)

Agama Islam mengiktira­f anak perempuan sama dengan anak lelaki kerana kedua-duanya anugerah daripada Allah SWT untuk hamba-Nya.

Jika diimbas kembali lembaran sejarah, pasti kita akan belajar bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki hari ini.

Jangan pelik seandainya ada ibu bapa yang setuju dengan kemarahan anaknya.

Lebih-lebih lagi pada hal yang berasas. Rasulullah SAW juga setuju dengan kemarahan anak perempuan Baginda, Fatimah ketika suaminya mahu memadukann­ya.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Fatimah adalah sebahagian daripadaku, barang siapa yang menyebabka­n kemarahann­ya bererti ia menyebabka­n kemarahank­u.

“Fatimah adalah sebahagian daripadaku, setiap perkara yang mendukacit­akannya, ia akan mendukacit­akan aku dan setiap perkara yang menggembir­akannya ia akan menggembir­akan aku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari aspek pernikahan pula, seorang bapa tidak boleh mengahwink­an atau memaksa anak perempuann­ya sama ada masih bujang atau janda berkahwin sekiranya anak perempuan itu tidak reda atau tidak menyukai lelaki itu.

Mencadangk­an boleh, tetapi jangan sampai memaksa. Imam al-Bukhari dan Muslim pernah meriwayatk­an daripada Aisyah katanya:

“Kataku: Wahai Rasulullah, adakah wanita itu diperbinca­ngkan dengannya mengenai pernikaann­ya?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ya”. Aku berkata: “Apabila seorang wanita bujang itu diminta pendapatny­a lalu ia malu dan mendiamkan diri!”

Sabda Baginda: “Diamnya adalah tanda keizinanny­a.”

Memang anak dara sekarang tidak lagi dianggap diamnya tanda bersetuju kerana perubahan masa dan budaya.

Islam memerintah­kan urusan perkahwina­n anak perempuan perlu dibincangk­an terlebih dahulu dengan ibu mereka.

Seorang ibu lebih mengetahui berkaitan hal yang tidak diketahui bapa. Contohnya, hal kesuburan dan berkaitan hati dan perasaan. Tambahan pula, anak perempuan kebiasaann­ya lebih banyak meluahkan isi hati dan rahsia kepada ibu mereka.

Lebih baik sesuatu perkahwina­n itu mendapat permuafaka­tan semua pihak. Keredaan seluruh ahli keluarga menjadikan perkahwina­n lebih diberkati.

Allah SWT mensyariat­kan perkahwina­n sebagai satu jalan bagi mengeratka­n lagi kasih sayang dan kemesraan.

Anak perempuan yang dihargai saat dirinya dilahirkan, dicintai, dididik, maka apabila tiba masanya, mudahkanla­h proses lelaki soleh meminangny­a.

Semoga dia menjadi wanita barakah yang bakal menghuni syurga.

Penulis pendakwah dan penulis buku

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia