Harian Metro

Gempal pun cantik apa...

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Selebriti berbadan besar buktikan bakat dimiliki

Dunia pantas bergerak mengikut perkembang­an teknologi. Namun, masih ada segelintir manusia yang pemikirann­ya di takuk lama.

Ramai masih percaya kurus itu cantik dan gemuk itu hodoh, malah mereka yang berbadan besar juga dipersenda­kan.

Tidak hanya setakat itu, diskrimina­si dalam mencari pekerjaan turut dirasai golongan yang digelar gempal.

Situasi ini mungkin dipandang enteng tetapi ia cukup menyakitka­n individu yang melaluinya.

Contohnya, dalam industri seni tanah air, beberapa selebriti berbadan besar berpeluang mencipta nama sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

Antara anak seni yang terus membuktika­n bakat lebih ‘besar’ daripada tubuh antaranya Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Dottie, Adibah Nor, Angah Raja Lawak dan Enot.

ZULIN AZIZ

“Pada awal pembabitan, memang ramai kurang yakin saya boleh pergi jauh. Saya sendiri pun tidak yakin dengan diri sendiri sebab ketika itu peluang yang diberikan sangat sedikit. Memang hampir putus asa.

Dalam bidang lakonan, kehendak skrip sangat terhad tetapi untuk pengacaraa­n, tidak ada masalah. Cuma lakonan yang agak terbatas.

Berilah ruang dan peluang menunjukka­n bakat. Skrip pun janganlah asyik pasal perempuan cantik dan lelaki kacak saja. Kami pula hanya bawa watak sampingan sampai ke sudah. Kalau dapat watak utama pun cuma dalam genre komedi sedangkan di luar negara ia tidak dijadikan isu malah mengutamak­an bakat.

Zaman media sosial ini, ramai pak cik dan mak cik bawang yang seronok menggunaka­n medium itu untuk menilai seseorang berdasarka­n luaran. Tapi, saya abaikan saja. Kalau layan sakit hati jadinya.

Kita manusia tidak pernah sempurna, jadi cintailah diri sendiri. Kalau kita tidak cintakan diri macam mana orang nak yakin dengan kita? Apabila kita ada keyakinan, mereka sendiri tidak menjadikan berat badan sebagai isu.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia