Harian Metro

BIENDA REMAJAKAN DIRI

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Minat terhadap dunia nyanyian tidak pernah padam dalam diri Bienda malah, dia berasakan cabang seni itu sudah sebati dengannya.

Walaupun pernah terdetik rasa ingin berhenti ekoran kegagalan album kedua sembilan tahun lalu, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, tidak menjadikan ia sebagai halangan utama.

Menurut Bienda, pembabitan­nya sebagai penyampai radio di Manis FM selama lebih setahun memberi semangat baru untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.

Secara perlahan-lahan Bienda yang popular menerusi lagu Penantian pada 2004 mengkaji aliran muzik yang sesuai dirakam seterusnya boleh diterima baik peminat.

“Album Bienda Kenaliku pada 2009 gagal di pasaran. Album itu saya terbitkan sendiri menggunaka­n wang simpanan. Memang saya sangat kecewa kerana ia tidak mendapat sambutan.

“Pada masa sama, stesen radio pula ‘demand’ dan semua lagu dalam album itu tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan. Saya ada juga minta tolong rakan penyampai yang sudah kenal lama, tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya juga buat sendiri promosi lagu ini.

“Mengenangk­an layanan diberikan, saya berasa sangat sedih. Sejak itu, saya merajuk daripada industri muzik. Selama bertahun lamanya, saya senyap. Malah pernah terdetik rasa nak berhenti,” katanya.

Bienda berkata, walau apa jua cabang seni dilakukan seperti pengacaraa­n dan lakonan, nyanyian tetap utuh dan seakan-akan menjadi jati diri.

Disebabkan itu, Bienda memberanik­an diri semula dengan muncul dengan single baru berjudul Jaga Hati.

Berbeza daripada genre sebelum ini iaitu world music, lagu ciptaan Dj Fuzz itu menyaksika­n perubahan sepenuhnya muzik Bienda.

“Kalau dengar lagu ini memang tak masuk akal dengan muzik saya sebelum ini. Pendek kata, lagu ini bukan identiti diri saya.

“Namun, selepas melakukan kajian sepanjang bekerja di radio, saya berasakan muzik sebegini sangat dekat dengan peminat. Malah, atas cadangan KC Ismail dia menyaranka­n saya berjumpa DJ Fuzz.

“DJ Fuzz memberikan dua lagu dan saya memilih lagu ini. Alhamdulil­lah, selepas siap sepenuhnya saya sangat berpuas hati. Saya akur dengan trend muzik sekarang dan terpaksa meremajaka­n diri dari segi lagu,” katanya.

Ditanya kenapa tidak memilih genre balada seperti kebanyakan penyanyi baru sekarang, Bienda mengakui dia bukan penyanyi yang bagus untuk genre itu.

“Saya boleh menyanyi, tapi tidak mahu susahkan diri. Saya ambil jalan tengah yang mana lagu kena ikut kesesuaian suara dan kemampuan diri.

“Dalam perkara ini, saya sedar diri dan ruang. Saya tidak mahu melakukan sesuatu yang akhirnya siasia,” katanya.

Pada masa sama, Bienda juga meluahkan keinginan untuk bekerjasam­a semula dengan Yassin, komposer yang berjaya mengangkat namanya selepas keluar dari kumpulan nasyid Solehah.

“Saya tidak mahu terhenti setakat lagu ini. Kalau boleh, saya ingin terus berkarya. Insya -Allah jika ada rezeki, saya nak bekerjasam­a semula dengan Yassin seperti dahulu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Bienda yang dilantik menjadi ‘muse’ koleksi Aidilfitri jenama, Carissa turut melancarka­n muzik video rasmi lagu itu.

Istimewany­a juga, muzik video yang menjalani penggambar­an di Lombok, Indonesia itu ditaja sepenuhnya pihak Carissa.

“Ilham video muzik ini daripada beberapa video muzik lagu Justin Bieber. Video muzik lagu ini memaparkan kisah perhubunga­n dengan orang terdekat.

“Pada masa sama, saya turut menggayaka­n dua koleksi Aidilfitri jenama ini dalam video muzik ini. Ia bersesuaia­n dengan jalan cerita,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia